Tahun ini tidak lagi boleh begitu. Bazar Ramadan tiada, sekolah pun tutup. Tiada pilihanlah saya selain memasak untuk berbuka dan bersahur.
Masa yang panjang dalam sehari (kerana cuti ini), memberi ruang untuk saya menyediakan menu secara perlahan-lahan. Saya bermula sedikit-sedikit dari pagi, dan siap pada jam 7 petang.
Alhamdulillah, untuk hari ini saya sediakan sup tulang, sayur goreng (kangkung + taugeh + ayam + sotong) dan ikan tamban goreng. Kuih pula popia sira.
Tak tahulah apa rasanya, harap-harap boleh diterima oleh tekak suami saya. Lima belas minit lagi (7.20 petang) kami akan sama- sama menikmatinya.
Semoga Allah memberkati dan menerima puasa kami.
No comments:
Post a Comment