Tuesday, April 28, 2020

Nasi Kerabu

Lihatlah dunia! Inilah hasil percubaan pertama saya memasak nasi kerabu seumur hayat saya. Bangga tak?

Saya kan tak suka memasak. Bila kita tak suka, kita tak minat pun nak belajar kan? Tak pernah pun saya sibuk-sibuk bertanya resipi nasi kerabu walaupun kawan-kawan saya di sekolah suka sangat berbincang hal masak memasak, tak kiralah masak apa. Selalunya bila topik memasak tengah on, saya akan buat hal lain. Dah tak minat, tak kan nak join pulak.

Tiba-tiba musim PKP sebegini menjadikan saya seorang yang perlu mencuba. Entah mengapa saya menjadi akur pada setiap menu saranan suami saya. Seperti diguna-guna!

Apabila dia meminta nasi kerabu, saya kata boleh tetapi kelapa parut tiada. Selasa itu kami ke rumah ma dan ma memberi kelapa parut. Apa lagi, projek berjalanlah!

Tidaklah susah dari segi praktikalnya tetapi saya risau tentang rasanya. Puasa-puasa begini lagilah, tidak boleh diuji-uji, kena terus campak sahaja.

Alhamdulillah, walaupun tidak sesedap mana tetapi tekak boleh terima.

Lihatlah dunia!




No comments:

Post a Comment