Sunday, April 19, 2020

Catatan PKP 2

Kata orang, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dilalui. Begitu inspirasi tertulis, begitu motivasi terlukis, maka bertabahlah.

Saya sebenarnya okay sahaja. Sedikit pun tidak bosan berada di rumah berminggu-minggu tanpa keluar ke mana-mana. Saya biasa begini, malah sangat menenangkan hati kerana saya boleh berbuat apa sahaja sesuka hati pada bila-bila masa.

Cuma, saya merindui dua perkara. Pertama, suasana di sekolah saya dan kedua, shopping!

Benarlah, ada juga ketika saya rasa mahu duduk di kerusi kerja saya itu sambil mengetuk kekunci laptop untuk menyiapkan tugasan. Juga mahu turun naik tangga menuju ke kelas dan mengajar anak-anak murid saya yang tersayang. Sudah berkali-kali saya bermimpi begitu, kerana saya betul rindu. Malah, saya juga rindu makan di kantin kerana sudah jemu masakan sendiri.

G Orange pula sepertu melambai-lambai. Selalunya setiap minggu saya akan ke sana membeli keperluan (dan kehendak) saya. Menolak troli dari satu rak ke rak yang lain sambil mencampak barang yang berkenan ke dalamnya sangatlah memberi nikmat dan kepuasan. Rasa lama benar saya tidak melakukan terapi itu. Stok makanan sejuk beku di rumah ini juga sudah berkurang. Bilalah masanya akan tiba untuk saya top up semua itu? Meminta suami membeli tidak sama nikmatnya dengan membeli sendiri.

No comments:

Post a Comment