Entah mengapa hati saya tersentuh dengan kisah seorang rakan lama saya. Saya tidak pasti saya berpihak kepada siapa (dia atau suaminya) tetapi daripada apa yang dia sendiri ceritakan, saya dapat rasakan masalah yang timbul adalah ketiadaan komunikasi yang baik antara dua pihak. Mungkin saya salah, tetapi itu yang saya rasakan.
Dia berkahwin belum pun sampai lima tahun, dan memiliki seorang anak. Apabila dia memberitahu saya betapa leganya dia apabila suaminya bersetuju untuk berpisah, saya rasa sangat tersentuh. Mungkin bagi wanita lain, perceraian bagai satu malapetaka. Gelaran janda amat menakutkan sekali. Tetapi bagi rakan saya ini, telah lama dia meminta perceraian cuma suami sahaja enggan melepaskan, mungkin suaminya memikirkan anak, serta mengharapkan satu perbincangan yang boleh membawa penyelesaian. Namun jalan damai bagai tiada, lalu suaminya bersetuju memenuhi permintaannya.
Saya tidak pasti siapa yang patut disalahkan dalam hal ini. Pandangan saya, kedua-dua mereka menghadapai masalah komunikasi yang amat besar. Isteri gagal memahami isi hati suami dan begitu juga sebaliknya, menyebabkan wujud jurang antara mereka. Mangsanya di sini ialah anak.
Mungkin tidak adil untuk saya mengulas kisah ini kerana saya tidak cukup maklumat, hanya mendengar daripada sebelah pihak sahaja. Cuma apa yang ingin saya sentuh ialah komunikasi antara suami dan isteri. Kebanyakan masalah timbul akibat ketiadaan komunikasi yang berkesan.
Saya sangat percaya dengan kepentingan komunikasi yang baik lagi berkesan dalam rumah tangga. Suami perlu memberitahu isteri sejujurnya tentang segala perkara yang diharapkan dalam rumah tangga. Isteri juga begitu, jujurlah dengan suami dalam mengharungi hidup bersama, agar kita mampu melaksanakan tanggungjawab tanpa rasa terbeban. Memetik ungkapan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, ERTI HIDUP PADA MEMBERI, banyak yang boleh kita kupas dalam ungkapan itu sebenarnya. Suami dan isteri sewajarnya jangan hanya memikirkan hak-hak mereka sahaja, tetapi lebih perlu mengutamakan tanggungjawab. Jika berlaku begitu, insya Allah rumah tangga akan aman tenteram sampai mati. Kita berkahwin untuk MEMBERI, bukan semata-mata MENERIMA. MEMBERI di sini bermaksud dengan penuh ikhlas yanpa mengharap balasan, kecuali redha Allah semata-mata.
Seterusnya, sikap dalam rumah tangga. Setiap orang punya ego masing-masing, tetapi janganlah menjadikan ego itu sebagai raja yang memerintah. Apabila suami menegur sikap isteri, sewajarnya isteri menerima dan jangan terus melenting. Apa yang sering berlaku ialah isteri tidak rasa apa yang dia buat itu salah. Contohnya, suami menegur sikap isteri yang gemar berbelanja. Bagi si suami, lebih baik ditingkatkan nilai simpanan daripada berbelanja yang bukan-bukan. Isteri melenting dengan teguran suami, kerana baginya tak salah berbelanja sakan dengan duitnya sendiri. Dia tidak menganggap hobinya itu sesuatu yang wajar ditinggalkan. Baginya, dia melakukan sesuatu yang betul. Maka melentinglah dia dengan teguran suami itu. Bukankah lebih baik jika isteri menerima teguran itu dan melakukan refleksi diri. Kemudian berbincang dan berkomunikasilah dengan baik kerana dengan komunikasi yang baik banyak masalah dapat diselesaikan.
Satu lagi perkara yang sering berlaku dalam rumah tangga ialah situasi suami yang melayan isteri sebagai suri rumah walaupun isterinya bekerjaya. Sememangnya kerja di pejabat amat memenatkan, apatah lagi jika ditambah dengan bebanan kerja di rumah. Saya yang tiada anak ini pun, yang tidur sentiasa cukup enam hingga tujuh jam setiap malam, seringkali pulang ke rumah selepas tamat bekerja dengan fizikal dan mental yang keletihan. Apatah lagi seorang ibu yang terpaksa melayan bayi kecilnya pada waktu malam – tidur hanya beberapa jam – tentu lebih terasa penatnya bekerja. Jika pulang ke rumah masih dibebani dengan tugas-tugas rutin tanpa henti dan tanpa bantuan suami tentu sekali jiwanya tertekan. Alangkah manisnya jika suami sama-sama membantu isteri dalam mengurus rumah tangga. Tolong bancuhkan susu untuk si kecil, sidai kain di ampaian dan sesekali bersama-sama isteri di dapur. Jika mampu, sediakanlah seorang pembantu rumah bagi meringankan tugas isteri. Sesetengah isteri tidak pandai menyuarakan isi hati secara terang-terangan, maka sebagai suami, sentiasalah bertanya masalah isteri anda. Jangan hanya tahu mengarah itu dan ini sahaja.
Menulis memang mudah, pelaksanaannya yang sukar, kan? Saya sendiri sebenarnya masih dalam fasa pelaksanaan kerana memang susah untuk memulakan sesuatu yang baru. Saya menulis bukan kerana saya orang yang layak, tetapi kerana ingin mengingat diri saya sendiri juga. Saya hanya berkata yang benar dan berharap ia membuka minda kita semua untuk lebih memahami tanggungjawab dan melaksanakannya dengan penuh ikhlas, kerana Allah jua…

No comments:
Post a Comment