Wednesday, August 05, 2009

Uwaaaaa.....!!!

Emak tak balik lagi!

Hari ini suami saya ditugaskan untuk bersama-sama dengan pelajarnya di kem motivasi di Pengkalan Chepa. Dia akan berada di sana bermula pagi ini hingga petang Jumaat nanti. Minggu lepas lagi dia maklumkan tentang program ini pada saya. Masa itu saya ok je sebab saya fikir saya boleh balik rumah emak. Boleh lepak dengan emak. Boleh borak macam-macam dengan emak sambil makan masakan emak. Boleh selongkar almari buku dalam bilik adik saya tu, sambil baca majalah-majalah lama. Boleh buat apa aje kat rumah emak.

Tiba-tiba hari Ahad baru-baru ini emak telefon. Emak kata dia nak balik kampung, ada kenduri di rumah abangnya. Saya tanya emak, berapa lama emak kat sana? Katanya, belum tahu. Tengok keadaan. Saya tak kata apa-apa, cuma berharap emak balik cepat. Minta-minta hari Rabu emak dah sampai sini semula.

Malam tadi, saya telefon rumah emak, tidak berjawab. Emak belum balik lagi....

Nampaknya saya ditinggalkan oleh suami dan juga oleh emak. Malang sungguh nasib saya hari ini. Eh! Saya masih ada pilihan, rumah mentua kan dekat aje dengan rumah emak. Maka saya pun mengambil keputusan untuk berada di rumah mentua saya sampai Jumaat nanti.

Sekarang saya berada di rumah mentua saya. Baru lepas makan nasi. Selepas asar tadi, saya masak ikan kekek singgang serai, ayam goreng kunyit dan kangkung goreng. Kiranya makan malamlah ni.. Malam nanti boleh tidur awal.

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment