Thursday, August 13, 2009

Jentik sedikit!

Kesilapan bahasa yang sering berlaku dalam penulisan/pengucapan kita sehari-hari.

1. "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya"

2. "Saya merasa sangat sedih...."

3. "Alia sangat menyintai Hazri"

4. "Kerajaan telah menyumbangkan sejumlah wang kepada penduduk di kampung..."

5. "Dia sanggup berjuang demi kerana agama, bangsa dan negara"

6. "Semoga mereka-mereka yang berkenaan sedar..."

7. "Bersama menjana kecemerlangan"

8. "Di zaman sains dan teknologi"

9. "Saya tidak lagi mahukan rumah ini dan berharap agar ia dapat di jual segera."

10. "Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang ianya kian menular."

11. "Saya menjemput semua guru-guru...."

Sekadar beberapa contoh sahaja, sama-sama kita renungkan. Pembetulan akan saya beri dalam "episod" akan datang.

No comments:

Post a Comment