Mengimbas kembali zaman persekolahan yang sudah lama saya tinggalkan, tetapi manisnya tetap kekal di ingatan.
Tidak seperti kanak-kanak lain, yang memulakan alam persekolahan di tadika, saya hanya mula bersekolah apabila memasuki usia 7 tahun, iaitu darjah satu. Saya tidak pasti mengapa saya tidak dihantar ke tadika oleh ayah dan emak, mungkin kekangan masa, kewangan atau peluang. Tetapi saya tidak ralat sedikit pun, kerana berada di rumah bersama emak dan ayah juga merupakan ruang belajar yang cukup kondusif buat saya. Emak dan ayah ialah guru pertama saya. Saya bukan sahaja belajar mengaji al Quran dengan mereka, tetapi juga belajar membaca rumi, mengira dan menggunakan beberapa perkataan Inggeris yang mudah. Hasilnya, saya sudah boleh membaca dengan lancar sewaktu berusia enam tahun, walaupun tidak ke tadika.
Sekolah pertama yang saya jejaki ialah SRK Kota pada 1979. Hanya sempat belajar setahun sahaja di sekolah itu, kerana ayah memutuskan untuk menempatkan kami (saya dan abang) di sekolah yang lebih dekat dengan rumah iaitu SK Mulong. Setiap hari, saya berjalan kaki sahaja ke sekolah kerana jaraknya hanya beberapa meter dari rumah. Selesa rasanya bila sekolah berdekatan dengan rumah. Sangat memudahkan saya, terutama apabila ada aktiviti ko atau kelas tambahan. Saya menamatkan pengajian rendah saya sehingga darjah enam di sekolah tersebut.
Alam persekolahan menengah saya ialah di MRSM Kuala Terengganu bermula dari tingkatan satu (1985) hingga tamat tingkatan lima (1989). Sungguh saya akui, kenangan di MRSM manis-manis belaka. Saya sukakan suasananya, rakan-rakan, guru-guru, dan segala-galanya. Bukan tiada kenangan pahit, cuma ia terlalu sedikit. Kadang-kadang saya hairan apabila murid-murid sekarang yang berpeluang belajar di sekolah berasrama penuh, tetapi tidak boleh menyesuaikan diri. Mereka seolah-olah tidak pandai berdikari dan hanya mahukan keselesaan hidup yang "diulit, dibelai dan dimanja" oleh keluarga, hinggakan bila berjauhan sedikit mula berasa susah hati. Makanan dewan makan tidak sedap, rakan-rakan tidak sporting, susah nak belajar, malahan isu menunggu giliran untuk mandi pun menjadi masalah besar, bagaimana agaknya hendak berdepan dengan cabaran masa depan?
Tamat pengajian menengah, saya belajar di pusat matrikulasi UKM pula. Tahun pertama saya ditempatkan di MRSM Kulim, manakala tahun kedua dipindahkan ke Pusat Matrikulasi Kuala Pilah. Segalanya memang menuntut kekuatan jiwa dan semangat kental, kerana pengajian peringkat pra-U ini agak menekan. Alhamdulillah, saya mampu menamatkannya dalam tempoh yang ditetapkan dengan keputusan yang agak baik, walaupun tidak cemerlang.
Dengan keputusan saya itu, saya dipilih untuk belajar di Fakulti Sains Matematik dan Komputer, UKM dalam jurusan Matematik dan Pengurusan Perniagaan.
Kehidupan sebagai mahasiswi sebenarnya amat jauh berbeza daripada apa yang dilalui sebelum ini. Hidup di universiti lebih bebas, peraturannya tidak seketat di sekolah menengah atau di matrikulasi. Segala-galanya terletak pada diri sendiri. Apatah lagi pada usia awal 20-an, jiwa muda yang bergelora, jika tidak ditangani dengan baik mungkin ada yang tersilap langkah. Namun berada di kalangan rakan-rakan yang sering saling menasihati dan mengawasi sesama sendiri, saya sedikit sebanyak rasa selamat, walaupun jauh dari emak dan ayah.
Saya tamat pengajian di UKM dan menerima ijazah Sarjanamuda Sains (Kepujian) dalam Matematik di Majlis Konvokesyen UKM pada 3 Ogos 1996.
Seterusnya, saya tanpa berbelah bagi meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Batu Rakit untuk mendapatkan Diploma Pendidikan (KPLI). Itulah satu-satunya pilihan saya kerana kenyataannya, tugas gurulah yang sesuai dengan ketrampilan saya. Selepas setahun menimba ilmu dan pengalaman di Batu Rakit, maka layaklah saya untuk menjadi seorang guru. Sekolah pertama saya bertugas ialah SMK Mahmud, Raub, Pahang.

No comments:
Post a Comment