Monday, August 24, 2009

Areef Irsyad














6.10 pagi hari Sabtu 15hb Ogos 2009.
Mata saya dah celik, tapi masih bermalas-malas di atas katil. Tiba-tiba telefon berdering, hmm, emak rupanya. Terkejut juga pagi-pagi macam ni dah memanggil. Ada masalahkah? Memang pun, emak beritahu dia belum solat subuh sebab Areef tak nak tidur. Bila letak aje dia menangis. Oh... baru saya ingat emak ada cakap semalam, Muhammad dan Farah akan tinggalkan Areef di rumah emak sebab mereka terlibat kursus selama dua minggu. Saya pun terus bangun, solat dan bergegas ke rumah emak. Susahnya, saya tidak memandu sendiri. (Entah bila agaknya nak beranikan diri pusing stereng kereta, sedangkan lesen sentiasa dibawa ke sana ke mari tanpa pernah gagal diperbaharui setiap tahun!) Suami saya tanpa banyak soal menghantar saya, dan tinggalkan saya di rumah emak. Masa itu dalam pukul 6.45 pagi, saya terus ambil Areef dari emak. Baik aje dia, tak meragam cuma masih nampak wajah kebingungannya. Mungkin masih dalam misteri, dimana aku sekarang? Mana ibu? Mana abah? Rileks la Areef, umi kan ada!!

Saya berada di rumah emak sehingga jam 10 pagi. Seronok juga melayan Areef, lagi pun dah lama tak main dengan baby. Areef senang dijaga, tak banyak ragam dan comel sekali! Adik saya, Zahidah tiba dari Pulau Pinang untuk bercuti seminggu pada jam 4.30 petang. Jadi emak tidaklah keseorangan menjaga Areef, ada bibik baru sampai!! Hehehe...

Esoknya, Ahad, saya ke sekolah seperti biasa tetapi pulang ke rumah emak kerana suami saya berkursus di Terengganu selama sehari. Jam 2.30 petang saya sudah sampai dan dapatlah saya membantu emak dan Zahidah menjaga Areef.

Malam, saya ingat nak tidur kat ruang rehat depan TV dengan Areef dan Zahidah, tetapi mata saya susah nak lena kalau lampu terpasang. Jadi terpaksalah biarkan Zahidah yang tidur dengan Areef, dan saya menyelinap masuk bilik... jangan marah ya dik Dah!!

Pagi Isnin, Ismah sudah sampai dari KL, juga untuk bercuti seminggu. Maka bertambah meriahlah rumah emak dengan bibik-bibik yang ramai..... hehehe!!! Areef, inilah masanya nak gunakan peluang mendera Cumah dan Su. Jangan malu-malu ya Areef! Tengah hari saya balik rumah emak lagi, tetapi setakat jam 5.30 petang sahaja. Suami saya sudah sampai dari Terengganu dan bawa saya pulang ke rumah. Sedihnya, tak dapat nak main dengan Areef dah malam nanti!

Selasa hingga Khamis saya tak sempat ke rumah emak pun. Biasalah, kalau hari sekolah mana sempat nak ke mana-man, asyik rehat kat rumah saja. Emak telefon lagi, ajak saya ke rumah Mo' Ma', menziarah dia yang sedang sakit sambil menghantar Areef ke Meranti. Maka petang Jumaat selepas Asar kami ke sana. Areef pun ditinggalkan di Meranti, rumah tok ma dan tok abahnya pula.













Saya dan Areef di rumah Mo' Ma'.



No comments:

Post a Comment