Beberapa hari kebelakangan ini emosi saya tidak berapa stabil rasanya. Ada sahaja perkara yang menyakitkan hati saya berlaku tanpa dijangka. Mungkin bagi orang lain ia biasa sahaja tetapi entah mengapa saya mudah tersentuh. Agaknya ada sesuatu yang tak kena dengan kitaran hormon dalam badan saya, atau saya sudah semakin tua dan menjadi semakin semakin sensitif. Entahlah...
Isnin lalu, saya rasa jiwa saya dalam ketidakstabilan yang teruk. Apa yang berlaku di sekolah amat mendera perasaan saya! Jadual waktu saya yang sebenarnya hanya lima masa (daripada sembilan masa), bertambah menjadi tujuh masa dan saya hanya sempat bersarapan pada jam 12.25 tengah hari! Saya rasa penat sangat, marah dan geram bercampur baur tetapi tidak tahu siapa yang hendak disalahkan.
Khamis sebelum itu pun saya sudah alami perkara yang sama apabila masa "free" saya semuanya dipenuhi dengan agenda yang tidak dijangka. Ini membuatkan perancangan saya terbengkalai semuanya! Saya merancang untuk menyiapkan soalan ujian bagi tingkatan empat dan tingkatan lima yang akan diadakan minggu hadapan. Soalan tingkatan empat sudah siap sebenarnya, tinggal lagi nak disusun dan dikira sahaja. Tetapi semua itu tidak dapat saya selesaikan kerana perkara-perkara luar jangka itulah!! Saya terpaksa merancang semula pengagihan masa saya dalam menyediakan soalan-soalan itu agar tidak tersasar dari 'deadline'. Saya rasa stress. Emosi jadi tidak stabil, tetapi saya sabar sahaja. Apabila perkara yang hampir sama berulang pada Isnin pula, saya rasa makin tertekan!
Menjadi guru ini kelihatannya mudah dan ringkas. Hakikatnya, kita terpaksa berhadapan bukan sahaja dengan karenah pelajar-pelajar kita yang pelbagai rupa, tetapi dengan masalah-masalah lain yang di luar jangka, yang kadangkala sangat menekan jiwa dan raga.
Memang, semua bidang kerjaya memerlukan tahap kesabaran dan kecekalan yang tinggi, cuma ramai yang terlepas pandang dan menganggap kerjaya guru tidak sesukar mana....

No comments:
Post a Comment