Thursday, October 01, 2009

Karenah

Berdepan dengan anak-anak saudara yang sedang membesar, memang sentiasa kena bersedia terutama apabila diasak dengan soalan-soalan yang di luar dugaan. Kadang-kadang tak tercapai dek akalku ini....

Antaranya:

"Umi, kenapa kena panggil umi, padahal umi bukan ibu Anis?"

"Umi, macam mana umi boleh terpikat dengan pakcik?"

"Umi ni gemuklah! Macam Adibah Noor..." (Kak Dibah jangan marah ek, budak-budak... apa diorang tau!)

"Kenapa Umi belum mengandung? Tengok, Cik Na dan Cik Nik dah mengandung."

Anis: Umi, Anis nak pergi Pakistan bulan Disember ni.
Umi: Umi ikut boleh?
Anis: Boleh, tapi Umi ada ke duit dua ribu?


Tapi saya tak pernah ambil hati dengan segala pertanyaan yang sedemikian rupa. Alah, budak-budak. Saya tetap suka melayan dan menyakat mereka. Seronok! Sesekali ajak mereka bergaduh, meriah juga. Belum lagi masuk bab berebut handphone untuk main game. Huru-hara jadinya. Iman main, Amin rebut. Anis ambil, Ain mintak... Last-last kena cakap, handphone dah rosak, tapi mereka masih tak percaya. Ain kata, "Biarlah, rosak pun tak apa..." Alahai!!


No comments:

Post a Comment