Friday, October 09, 2009

Jangan Bersedih

Sememangnya banyak hal dalam hidup ini yang membuat kita rasa sedih. Semuanya kerana emosi kita yang terbelenggu dengan sesuatu masalah atau kesulitan yang menyebabkan kita tidak mampu untuk bergembira.

Tetapi ingatlah, Allah ada bersama kita. Dia maha segala, maka mengadulah pada Nya. Hati akan lebih tenang dan redha, walau apa pun musibah yang menimpa. Allah berjanji untuk mendengar luahan hati hamba-Nya, asalkan kita mahu mendekati Nya.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

No comments:

Post a Comment