Thursday, October 29, 2009

Adik, ini tips belajar dariku!

Cara belajar seseorang adalah tidak sama antara satu sama lain. Ada yang suka belajar waktu pagi, ada yang suka belajar tengah malam. Ada yang suka sunyi, ada yang suka bising. Jadi agak sukar untuk memberikan tips yang tepat bagi cara-cara belajar jika dilihat dari perbezaan begini.

Pada saya, apa yang penting ialah 'study smart'. Alaa... korang pun dah bosan agaknya dengan istilah klise ini kan? Tetapi kenyataannya begitu. "Study smart' ni orang melayu kata 'belajar dengan bijak'. Maksudnya lebih kurang, kualiti belajar lebih penting daripada kuantiti belajar. Jadi kalau kita rasa malas, teruskan dengan kemalasan itu kerana jika kita paksa belajar dengan rasa malas, apa sangatlah yang masuk? Kalau kita mengantuk, tidur je lah... study masa mengantuk menjadi ke? Logik, kan?

Tetapi malas kita dan mengantuk kita bukan setiap masa. Jika kita sedar tujuan kita berada di universiti ialah untuk kecemerlangan diri, maka akan ada satu saat dan ketika, jiwa kita meronta-ronta rasa nak belajar. Hati kita tak boleh nak buat benda lain dah, rasa nak belajar saja. Masa ni patutkan kita tidur? Patutkah kita abaikan rasa semangat yang berkobar-kobar itu? Inilah peluang keemasan yang sangat wajar kita gunakan. Tak kiralah ia last minute atau early minute. Gunakan ia sepenuhnya....!!!!

Pengalaman saya, saya tidak pernah memaksa diri sendiri belajar apabila saya malas. Saya akan buat perkara-perkara lain yang saya suka pada ketika saya malas belajar. Tetapi kena ingat, saya bukan sentiasa malas, kerana apabila semangat dan mood belajar itu tiba, saya akan gunakan sepenuhnya. Masa tu, sesiapa pun tak mampu menyekat kemaraan saya... wakakakaka!!!

Kesimpulannya, jangan ponteng kuliah.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment