6 Oktober 1976, saya menerima ketibaan anugerah adik baru dari Allah Ta'ala. Lahirnya pada waktu subuh hari, bersamaan 12 Syawal 1396H, hari Rabu, sewaktu saya berusia 4 tahun 9 bulan.
Apa yang saya ingat, saya terjaga dari tidur agak awal dari biasa pagi itu, mungkin kerana suara tangisan bayi yang baru lahir, bercampur dengan ramainya orang berkumpul di ruang tamu. Emak bersalin di rumah saja kerana waktu itu, jarang benar yang ke hospital jika kandungan tidak bermasalah.
Sebaik saya bangun dari tidur, saya terus ke bilik emak. Saya nampak ramai orang, dan fokus utama saya ialah "mana ayah?" Ayah bagai faham isi hati anak manjanya ini, terus memanggil saya dan memangku saya di ribaannya. "Nampak tak adik tu?" Saya tercari-cari juga, tak berapa nak jelas pada pandangan budak yang baru bangun tidur ni. Tiba-tiba mak bidan meminta ayah hulurkan gulungan kapas yang ada dekat dengan ayah. Ayah pula minta saya ambilkan.
Selamba saja saya turun dari pangkuan ayah, dan cuba mengambil kapas itu tanpa saya sedari, sebelah tangan saya telah dengan tidak sengaja menekan dada adik saya yang baru lahir. Serentak semua yang ada di situ menjerit, "Eh! Adik tu! Kenapa tekan dia!!" Saya terkejut, terus menangis, dan berkata, "Yati tak nampak..." Ayah meriba saya semula dan berkata, "tak nampak nak buat macam mana, janganlah menangis. Adik tak apa-apa pun..."
Saya masih boleh ingat wajah adik waktu 'ditekan' itu, bibirnya mencebik tapi taklah sampai menangis. Saya tak sangka 'objek' yang berbalut lampin putih itu seorang bayi yang baru lahir, kerana saya nampak macam bantal saja, sebab itu saya tekan! Mujur masih hidup sihat walafiat hingga kini... alhamdulillah!
Kini 'objek' itu sudah berkeluarga, ditemukan jodoh dengan gadis Tendong, Siti Zainab Hasan dan dirahmati Allah dengan rezeki tiga orang putera puteri - Muhammad Amin (2002), Iman Syazwani (2004) dan Awwahah Munibah (2008). Doa saya, semoga kekal bahagia ke akhir hayat, dan dilimpahi rezeki berganda-ganda dari Allah Ta'ala. Juga diberi kesihatan yang baik untuk terus berjuang di medan dakwah yang menjadi kecintaan beliau.

No comments:
Post a Comment