Saya bukanlah pakar motivasi. Jauh sekali seorang kaunselor. Saya hanya seorang wanita bergelar guru biasa, yang telah mengharung hidup selama 37 tahun 9 bulan 16 hari di bumi Allah ini. Terlalu pantas masa berlalu, tidak terhitung rahmat dan nikmat yang Allah kurnia sepanjang tempoh itu. Seringkali, hanya apabila kesulitan tiba, barulah datang keinginan merayu dan memohon pertolongan Allah. Sedang tika riang dan gembira, rasa syukur jarang-jarang dipanjatkan. Astaghfirullahalazim....
Sejak saya memahami setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, maka saya mula mengajar diri memandang ke arah positif. Bukan mudah kerana sifat manusia - termasuk saya - sering nampak yang buruk-buruk sahaja.
Suka saya kaitkan kenyataan diri saya sebagai suatu contoh yang mungkin boleh dikongsi bersama.
Sejak kecil, saya jarang berhadapan dengan masalah baik dalam kehidupan seharian, mahu pun dalam alam pengajian. Saya lahir dalam keluarga yang amat prihatin dan penyayang. Makan pakai terjaga, lengkap dan sempurna seadanya. Rohani dan jasmani terdidik baik, ibu dan ayah pula berhasil menjadi contoh teladan yang tiada taranya. Segalanya teratur seperti yang diharapkan. Walaupun kewangan keluarga bukan tergolong mewah, namun hidup kami nian sempurna.
Dunia pengajian saya juga sentiasa selesa. Bukan bangga diri, cuma ingin menegaskan itu adalah anugerah Allah untuk saya. Hinggalah saya berjaya ke MRSM, dan tamat SPM dengan cemerlang. Seterusnya menamatkan pengajian ijazah saya tanpa sebarang cacat cela. Tambah indah lagi apabila pinjaman pelajaran saya sejumlah RM17,410.00 telah pun MARA alihkan menjadi biasiswa. Saya wajar mengakui semua itu anugerah yang wajib saya syukuri. Maha Pemurahnya Allah kepada hamba-Nya ini, alhamdulillah!
Seterusnya jodoh saya tiba tepat pada waktunya. Ketika sahabat-sahabat saya masih ada yang menganggur, saya diterima menjadi warga guru seawal usia 26 tahun. Saya memiliki rumah sendiri pada usia 33 tahun. Sungguh mudah perjalanan hidup saya, sekali lagi Alhamdulillah!
Lalu, jika ada ketikanya kesulitan tiba, wajarkah saya menangis dan meratap? Wajarkah saya menyalahkan takdir atas setiap kekurangan? Sedang selama ini udara yang dihirup ini pun jarang disyukuri...
Tatkala orang bertanya dan bagai kehairanan dengan situasi saya saat ini, saya hanya mampu tersenyum. Sekurang-kurangnya saya bahagia dengan cara saya. Wajarkah saya menganggap kekurangan saya ini suatu yang akan membahayakan masa depan? Saya bukan tidak berusaha, telah bertahun usaha itu saya bawa ke sana ke mari tanpa penat atau lelah, tetapi setiap usaha ada landasannya. Jika telah terbukti secara klinikal yang saya tidak punya upaya lagi, maka usaha yang ada di pihak saya hanyalah berdoa. Berdoa memohon yang terbaik, bukan lagi mengharap suatu anugerah yang saya sendiri sudah tidak mampu berharap! Bukan menidakkan kuasa Tuhan, tetapi saya sekadar berpijak di bumi nyata. Kerana saya mahu menjadi seorang yang positif, setiap masa dan ketika. Seandainya saya akan berhadapan dengan kenyataan yang ditakuti setiap wanita pun, saya akan cuba untuk sentiasa positif, Insya Allah.
Saya amat yakin Allah itu Maha Adil. Tiada keraguan sedikit pun tentang keadilan-Nya. Selagi nyawa di badan, saya akan sentiasa berusaha untuk mempositifkan pandangan agar semua kejadian memberi makna. Semua kesulitan adalah pengajaran. Tanpa kesulitan, kita tidak akan menghargai kebahagiaan.
Semoga Allah mengampuni kita semua, Amin.
Wallahua'lam.......

No comments:
Post a Comment