Hm, ceritanya biasa sahaja, kisah seorang wanita yang mendendami sahabat lamanya kerana suatu peristiwa aib yang berlaku. Seperti biasa, kisah yang mudah untuk ditelah penghujungnya walaupun pelbagai subplot dan konflik yang tidak diduga menjadi rencah dalam novel ini. Apa pun, saya suka cerita seperti ini. Penulisan juga baik, aspek bahasa boleh dikatakan sempurna dan tidak klise. Hati saya tersentuh berkali-kali dan menangis teresak-esak terutama apabila membabitkan emosi antara ibu dan anak, juga antara suami dan isteri.
Tidak perlulah saya bercerita panjang, kerana jika anda berminat bolehlah cuba mendapatkan novel ini di mana-mana kedai buku, atau order terus di www.jemariseni.com. Pinjam dengan saya pun boleh juga, asal jangan dibuat harta sendiri sudahlah! (Terrrrrlaaaaalu banyak novel dan majalah saya hilang a.k.a tiada dalam simpanan a.k.a tidak dapat di kesan kerana peminjam tidak memulangkannya! Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!)
Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?
Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...
Benarkah begitu...?
Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau!
Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir, kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku.
Bahtera ini, arah kita tak serupa
padamu... aku dendam yang tak terungkai, padaku... kau sahabat yang melukakan
Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?
No comments:
Post a Comment