Berikan saya sebatang pen dan sekeping kertas, saya tidak akan bosan lagi....
Selalunya jika saya kebosanan (terutama bila dalam kelas yang cikgu tak best!!) saya akan mula 'mengkreatifkan diri' dengan menulis. Saya sangat suka menulis. Entah apa-apa saya tulis, tetapi menulis menjadi terapi penghilang kebosanan yang amat mujarab bagi saya. Semasa di sekolah menengah, saya dan rakan-rakan saya masing-masing mempunyai satu buku yang khusus untuk menulis sajak (yang tak berapa nak puitis pun..) dan melukis. Kami saling bertukar-tukar buku tersebut dan menulis apa-apa sahaja yang kami suka. Kebanyakannya ayat-ayat jiwang yang kami jumpa dalam majalah!
Sebenarnya, hobi menulis saya ini bermula dari awal kemasukan saya ke asrama, iaitu pada tingkatan satu. Saya masih ingat arwah ayah berikan saya sebuah diari kecil dan saya suka mencatat segala kejadian dan perasaan saya di situ. Bila di tingkatan dua, saya mula membeli buku kulit tebal dan jadikan ia diari saya. Seronok sungguh memiliki diari yang kita tulis dan tatap setiap hari. Di kala jiwa keresahan, berhelai-helai muka surat menjadi mangsa tulisan luahan perasaan yang menekan. Ada waktunya menulis sambil menangis, ada ketikanya menulis sambil tersenyum. Semuanya terakam kemas pada setiap helaian diari yang saya cukup sayang itu.
Hobi saya yang satu ini menjadikan saya jarang murung kerana semuanya terluah di dalam diari. Suka, sedih, riang, bimbang, tercatat dengan rapi dan saya akan lega bila selesai menulis. Diari ibarat sahabat setia saya yang sentiasa sudi mendengar luahan jiwa saya. Tanpa diari saya akan kesasar agaknya!
Bertahun saya melayan hobi sebegini, hinggalah pada tahun 1990, di MRSM Kulim saya mula melakukan sesuatu yang saya kesali hingga kini. Himpuna diari-diari yang saya simpan sejak 1985 itu menjadi suatu beban yang tak mampu saya galas. Waktu itu saya rasa bimbang jika diari itu dibaca orang. Hendak ditinggal di kampung, pasti adik-adik saya akan menyelongkar dan membacanya tanpa pengetahuan saya. Hendak disimpan di asrama, rasa tidak selamat kerana rakan-rakan tentu akan ketawakan saya, kerana tak seorang pun dari mereka memiliki koleksi diari sebanyak saya! Saya gundah seketika, tetapi nekad untuk membuang semua diari itu ke dalam tong sampah. Entah mengapa sesingkat itu fikiran saya... Maka semua kenangan remaja di MRSM KT yang tersimpan di setiap helaian diari itu, akhirnya terkubur di telan tong sampah di MRSM Kulim!!
Pun, saya belum mampu menghentikan kegemaran itu. Saya masih menulis, dan menulis lagi sehingga kini tanpa jemu. Koleksi diari yang ada dalam simpanan saya kini bermula 1991 hingga 1997. Selepas berkahwin, hobi ini mula berkurang tetapi belum padam sepenuhnya. Cuma kini saya tidak menulis di buku lagi, saya beralih ke komputer peribadi pula kerana ia lebih selamat dan jimat ruang.

No comments:
Post a Comment