Rabu, 30 September 2009, jam 7.00 pagi, saya menerima SMS dari Ismah menyatakan Kak Na ke hospital dengan Abang Qi sebab air ketubannya sudah pecah. Dalam hati berdebar-debar, minta semua selamat dan rasa tak sabar nak ke hospital tapi apakan daya, hari ini hari bekerja..
Lepas sekolah, balik rumah, makan nasi, rehat sekejap. Jam 3.10 petang, emak telefon, maklumkan Husna selamat meahirkan bayi lelaki sebentar tadi. Alhamdulillah. Lepas solat Asar, saya dan suami turun ke KBMC. Seronok rasanya mendapat anak saudara baru.
Khamis, 1 Oktober 2009, Husna dibenarkan pulang dan tiba di rumah lebih kurang jam 12 tengah hari. Sehingga hari ini dia berehat dan berpantang di rumah emak.
Melihat wajah bayinya, saya teringat Husna sewaktu kecil dulu. Ada persamaan yang agak ketara. Memenuhi permintaannya, saya bandingkan wajah Sufi dan Husna dan paparkan di sini. Hmmm, ada komen?

moga membesar sehebat Abu Hurairah tokoh sufi sahabat yang membantu agama Allah
ReplyDeleteAmin........
ReplyDelete