Thursday, October 29, 2009

Hari ini hari Khamis... yeaaa!!!!

Yup!! Setiap minggu, hari Khamis adalah hari yang paling saya suka. Hari ini hari terakhir bagi seminggu kerja. Balik rumah pada hari Khamis lain rasanya dari hari-hari lain. Rasa selesa. Tiada tekanan.

Hari Ahad yang muncul nanti akan mengurangkan rasa selesa ini.

Hari ini cuaca agak menyamankan. Sebenarnya sudah tiga hari air-cond di bilik saya rosak, mengundang ketidakselesaan yang agak menekan. Walaupun pusingan kipas sudah di tahap maksimum, saya masih belum selesa. Ketebalan lemak di badan menyebabkan peluh amat laju menitis. Maka setiap pagi saya bangun dengan kepanasan.... Harapnya segeralah air-cond bilikku itu dibaiki!! Alhamdulillah, hujan yang agak lebat malam tadi hingga ke pagi, menyebabkan tidur saya agak lena. Saya bangun pagi ini dengan badan yang nyaman dan selesa. Tiada peluh di leher dan muka. Saya rasa segar dan bersemangat untuk ke sekolah, apatah lagi pada hari yang bernama Khamis ini! Hujan juga menjanjikan pembatalan perhimpunan pagi Khamis yang agak bosan. Saya lega kerana dapat ke sekolah dengan hati yang girang hari ini....

Semoga Ahad tiba dengan ketenangan jua nanti, insya Allah....

No comments:

Post a Comment