Sekadar berkongsi sesuatu yang diperoleh dari nota seorang sahabat di laman facebook. Nota ini dikirim ke emel beliau. Semoga bermanfaat.
1. Tingkah laku merupakan cermin di mana setiap orang boleh merefleksikan citra dirinya sendiri.
2. Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
3. Usahlah mencari kesilapan orang lain sebelum mengetahui kesalahan sendiri.
4. Kesedaran tidak pernah datang selagi manusia belum terlanjur dan tersilap langkah.
5. Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan yang sebenarnya.
6. Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan yang pernah mereka lakukan.
7. Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
8. Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.
9. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
10. Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
11. Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
12. Harta menjamin Dunia dan Iman menjamin Akhirat.
13. Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
14. Apa yang dapat kita jadikan aset di masa hadapan jika makanan hari ini habis semalam dan makanan esok habis hari ini ?.
15. Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
16. Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki.
17. Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal.
18. Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan.
19. Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau.
20. Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.
21. Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar.
22. Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa juga adalah api di dalamnya kita terbakar.
23. Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia.
24. Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri.
25. Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
26. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
27. Selagi kita berusaha dan mencuba, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
28. Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan
29. Sekiranya kita tidak ada rasa hormat terhadap diri kita, maka janganlah berharap orang akan menghormati diri kita. Sekiranya kita tidak merasa yakin kepada diri kita, sudah pasti orang lain juga tidak akan yakin kepada diri kita. Sekiranya kita tidak mempunyai rasa kasih dan cinta terhadap diri kita, maka janganlah berharap bahawa orang lain akan mengasihi dan mencintai diri kita.
30. Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya
31. Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
32. Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

No comments:
Post a Comment