Petang semalam saya ke HUSM Kubang Kerian menziarah Mo'Ma'. Dia terlantar lemah sekali, sayu hati saya memandang wajahnya. Ramai yang datang menziarah. Kebanyakannya rakan-rakan guru Mo' Ma' dari SMK Sultan Ibrahim 1, SMK Meranti dan rakan-rakan Ayah Su dari SMS Machang. Mo' Ma' tetap melayan mereka dengan ramah walaupun suaranya begitu lemah sekali. Tubuhnya kurus, wajahnya cengkung tapi senyum tetap diukir buat kami yang ada di sisinya.
Saya sebak melihat dia. Saya tahu dia kesakitan tetapi betapa sabarnya dia berdepan ujian Allah ini. Begitu juga suami dan anak-anaknya yang begitu tabah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Saya tidak putus-putus berdoa semoga Allah mengampuni Mo' Ma', memberinya kekuatan dan mempermudahkan segala urusannya.
Mo' Ma' seorang yang sangat baik dan begitu memahami. Bahasanya berhemah dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang menyentuh hati saya selama saya bersamanya. Saya masih ingat sewaktu awal perkahwinan saya dahulu. Selepas dua tahun saya masih belum menimang cahaya mata, ramai ibu saudara dan sepupu-sepupu saya bertanyakan soalan yang tidak mampu saya jawab. Soalan yang ada kalanya menyentuh perasaan kewanitaan saya. Soalan yang seolah-olah meletakkan saya sebagai pesalah kerana gagal memiliki anak. Itu yang saya rasa.
Tetapi Mo' Ma' tidak begitu. Dia memberi saya semangat dan perangsang. Dia menenangkan saya dan menyedarkan saya tentang rahmat Tuhan yang berbeza-beza. Dia amat memahami saya dan saya amat tenang di sisinya.
Sekarang dia sedang terlantar. Saya ingin sekali berada di sisinya dengan lebih kerap namun apalah upaya yang saya ada. Saya punya tanggungjawab yang wajib saya lunaskan. Saya hanya mampu mendoakan Mo' Ma'. Itu sahaja upaya saya.
Buat saudara-saudaraku, doakanlah Mo' Ma'. Semoga dia tenang menempuh hari-harinya.

No comments:
Post a Comment