9hb Januari 1972
22 Zulkaedah 1391H
06.30 pagi
Ahad
Seorang bayi perempuan membawa tangisan pertamanya ke dunia. Setelah empat puluh minggu berada di dalam rahim ibu penuh kasih, tiba saat dia menjengah dunia. Ada ketakutan di hati. Dia takut janji-janji yang dipateri di hadapan Rabb tidak mampu dilaksana, tidak mampu dipatuhi hingga hujung hayat. Dalam tangis dia menggenggam jari-jemarinya, takut janji-janjinya akan terlerai. Pun manusia tidak peka, sibuknya mereka membuka genggaman itu untuk membersihkan daki yang dibawa dari rahim ibu, padahal itulah harapan yang dilempar tanpa sedar.
Kini selepas 38 tahun, dia tahu janji-janjinya itu belum tertunai sepenuhnya. Dia tahu masih banyak yang perlu dia pelajari untuk peningkatan kendiri. Dia tahu dia wajib menyempurnakan semua yang pernah dipateri sebelum tiba waktu ajalnya datang.
Bantulah dia menyempurnakan segala itu. Bantulah dia menempatkan diri di syurga tuhan. Bantulah dia kerana dia manusia yang seringkali terlalai.
Bantulah dia kerana dia ialah aku.

No comments:
Post a Comment