Dia sahabat saya. Kami berkenalan pada 1988 semasa di tingkatan empat. Dia pelajar baru dan saya pelajar lama. Bilik kami bertentangan dan setiap malam selepas prep dia akan ke bilik saya. Dia periang dan suka bercerita.
Lama terpisah, kami bertemu kembali pada 2003. Awalnya saya terlihat namanya pada senarai guru baru di sekolah saya. Saya rasa seperti pernah mendengar nama itu dan mungkin mengenali orangnya. Bila dia tiba untuk melapor diri, kami bersalaman dan saya mula 'menemubual'nya. Benarlah dia. Dia kelihatan ceria dan teruja dapat berjumpa saya semula. Seronok sekali kerana banyak cerita dapat dikongsi.
"Suami kerja di mana?" saya melontar soalan dengan penuh yakin kerana di hadapan namanya tertulis gelaran Puan.
"Saya belum kahwin Ti.."
"Ya ke? Tapi kat sini tulis Puan."
"Salah tu, saya Cik lagi." Katanya sambil tersenyum.
Selama mengajar di situ kami menjadi rapat. Malah lebih rapat daripada waktu kami belajar dahulu. Lebih-lebih lagi kami mengajar subjek yang sama dan gemar berbincang dan berkongsi idea tentang subjek kami. Jika kami dihantar berkursus, kami selalu menjadi 'room-mate'. Statusnya yang masih bujang memberikan ruang untuk dia bergerak aktif dan sentiasa sibuk. Memang dia guru yang baik dan amat dedikasi.
Apabila saya bertukar sekolah pada 2006, dia kelihatan sugul juga. Saya pun berat untuk meninggalkan sekolah yang penuh kenangan dan pengalaman itu. Saya senang mengajar di situ kerana rakan-rakan guru yang mesra dan suasana yang menenangkan jiwa. Tiada tekanan. Tetapi apalah pilihan yang saya ada kerana jarak yang jauh perlu dilalui setiap hari. Kami pun berpisah dengan seribu satu rasa.
Sebentar tadi, saya menerima SMS darinya. Nadanya seperti merintih. Dia hiba kerana dalam usia menghampiri 40 tahun masih lagi bersendirian. Dia sedih mengenang masa depan, pada siapa dia ingin menumpang? Jangankan anak, suami pun belum nampak bayang!
Hati saya turut tersentuh. Saya balas SMS meminta dia bersabar dan redha dengan ujian Tuhan. Saya kata, saya juga tidak sebertuah orang lain kerana tiada anak tetapi saya redha kerana saya yakin hanya pada-Nya tempat saya bergantung. Bukan suami. Bukan anak-anak. Saya bergantung harap hanya pada Allah. Saya tahu dia pilu, tetapi saya doakan agar dia sabar dan berdoa sentiasa agar Allah temukan jodoh buatnya.

No comments:
Post a Comment