Semasa masih bergelar pelajar, cita-cita saya sangat tinggi. Saya ingin belajar hingga mendapat ijazah doktor falsafah. Saya tidak mahu berhenti belajar selagi tidak mendapat PhD itu.
Pada tahun akhir pengajian saya di UKM, sama seperti kawan-kawan saya yang lain, saya mengisi borang master. Saya layak dan jika saya hantar borang tersebut tentu sekali saya terpilih. Waktu itu tiada kekangan dari segi pencapaian, asalkan lulus ijazah pertama dengan kepujian kelas dua sudah cukup untuk diterima. Malah kawan-kawan saya yang memohon master waktu itu semuanya dapat.
Sewaktu mengisi borang itu, saya termenung lama. Saya mahu belajar lagi, tetapi saya terfikir tentang emak dan ayah di kampung. Saya anak kedua dan punya enam lagi adik yang semuanya masih perlu disara. Ayah hanya kerani. Dengan pendapatan yang amat sederhana ayah menyara kami lapan orang tanpa sebarang keluhan. Saya tahu ayah tak punya harta lain selain gajinya sahaja. Jika saya sambung belajar lagi, tentu saya akan masih bergantung pada ayah sekurang-kurangnya untuk dua tahun.
Saya dalam dilema juga. Teringat kata-kata seorang emak saudara saya, "kalau nak sambung master baiklah sambung sekarang. Jika dah kerja baru nak sambung mungkin payah sikit.." Tetapi saya ingin sekali meringankan beban emak dan ayah dengan segera. Saya mahu mereka 'lepaskan' saya daripada senarai tanggungan mereka.
Kebetulan ada juga rakan-rakan saya yang mengambil borang Diploma Pendidikan dan KPLI. Pada tahun itu, KPLI boleh dipohon oleh pelajar tahun akhir asalkan mereka menghantar keputusan peperiksaan mereka ke BPG sebaik keputusan dikeluarkan nanti. Saya mula membuat pertimbangan antara master dan KPLI.
Jika sambung master, saya perlu belajar untuk dua tahun dan biayanya perlu dipohon dari MARA atau JPA. Selama dua tahun itu saya belum boleh membantu emak dan ayah, malah mereka masih perlu menanggung saya. Jika KPLI yang saya pilih, saya akan belajar untuk tempoh setahun sahaja dan akan menerima elaun RM500 sebulan. Walaupun belum mampu membantu emak dan ayah tetapi sekurang-kurangnya beban mereka bakal berkurang.
Tanpa lama memikir, saya akhirnya memutuskan untuk ketepikan sahaja borang master itu dan mengisi borang KPLI. Saya masih menyimpan hasrat untuk menyambung master apabila saya 'settled down' nanti.
Dan alhamdulillah, saya diterima masuk KPLI dan diringkaskan cerita, saya akhirnya bergelar guru pada 1998.
Malangnya sehingga hari ini, saya masih berkira-kira untuk menyambung master. Sudah empat buah sekolah saya berkhidmat, sudah 12 tahun bergelar guru tetapi cita-cita mendapatkan master belum terlaksana apatah lagi PhD! Pelbagai faktor yang menjadi sebab saya masih berkira-kira. Entahlah, mungkin belum terlewat tetapi saya bagai sudah hilang dorongan.

No comments:
Post a Comment