Di paruhmu
kemilauan sinar
menyepuhi sejuta rasa
kemuliaan di hatimu
bening budi terdampar di jagat raya
Di sayap taufan
kau jelajahi awan gemawan
membawa rindu
Kasihmu
menentangi kezaliman
Ketidakadilan
Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku
kemilauan sinar
menyepuhi sejuta rasa
kemuliaan di hatimu
bening budi terdampar di jagat raya
Di sayap taufan
kau jelajahi awan gemawan
membawa rindu
Kasihmu
menentangi kezaliman
Ketidakadilan
Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku
Pinjamkanlah hatimu
untuk semua
Jentayu ialah sejenis burung, yang dalam bahasa Inggerisnya Phoenix. Burung ini mungkin hanya wujud dalam karya-karya sastera dahulu, tetapi ia menjadi simbol tentang satu perjuangan. Jentayu dikenali kerana keteguhan perjuangannya, hingga rela bertongkat kuku.
Penuh syahdu. Kerana itu saya sangat menggemari lagu ini. Liriknya terilham dari sajak karya Usman Awang, melodinya nian indah susunan Johan Nawawi dan Roslan Aziz, dan dinyanyikan dengan merdu sekali oleh Sheila Majid dan Nora.
Sila layari di sini untuk videonya.
Sila layari di sini untuk videonya.
No comments:
Post a Comment