Tuesday, October 09, 2012

Pening

Lama sudah saya tidak mengalaminya. Rasa pening yang kuat hingga seluruh persekitaran berpusing-pusing. Malam tadi, sewaktu saya tidur, rasa itu muncul. 

Saya berbalik ke kiri dan tiba-tiba sahaja segalanya berpusing-pusing. Walaupun mata pejam, tetapi saya merasainya. Berkali-kali ia berlaku hinggalah pagi menjelma.

Jam 5.54 saya bangun dengan rasa yang tidak stabil. Mandi, solat, dan terbaring kembali. Saya beritahu suami, saya pening. Suami bertanya bolehkah ke sekolah?

Saya berfikir, Janji saya dengan Kak Yah hari ini macam mana? Tanpa laptop saya, bagaimana Pengetua akan memancarkan analisis di hadapan pelajar target nanti? Petang ini pula, ada mesyuarat. Bolehkah jika saya tidak hadir?

Saya kata, saya boleh pergi ke sekolah. Lalu saya bingkas bangun dan menggosok tudung. Oh, selesai menggosok, pening saya kembali. Berpusing-pusing lagi!

Saya terpaksa memutuskan untuk mengambil cuti sakit kerana saya bimbang pening saya akan bertambah-tambah di sekolah nanti. Saya menghantar mesej pada Kak Yah tentang ketidakhadiran saya supaya dia dapat mencari alternatif lain dalam pengisian perjumpaan pelajar-pelajar target nanti.

Maka, terbaringlah saya di katil sepanjang pagi. Sesekali pening menyerang, rasa nak muntah tetapi saya bertahan. 

Mengisi kesunyian, saya menonton filem "29 Februari" di Astro First. Menarik, berbeza dan menyentuh hati tetapi sayang kutipannya di panggung sangat menyedihkan. Orang kita, bukan suka sangat cerita-cerita yang ada kelas macam ini. Pelik, kan?

Sekarang, jam 1.11 tengah hari. Sebentar lagi suami akan pulang bersama dua bungkus nasi untuk makan tengah hari kami. Pening kepala masih terasa, tetapi agak kurang dari tadi. Saya perlu bersihkan diri, solat Zohor dan seterusnya, menunggu santapan tengah hari kerana saya sememangnya sedang kelaparan sekarang...

2 comments:

  1. kesiannya..dah la duk sorang kat rumah..len kali kalau sakit, suruh lah a.di ata umah ma..mai rehat sini..kalau tak tahan boleh la k.na hantar gi klinik...

    ReplyDelete
  2. Abe di tanya doh, nak duk dumoh ko nak gi umah ma... Kak ti kata nk rehat dumoh jah. Bukan apa, tak nak nyusahkan orang gitu... hehehe!!

    Mah, rindulah. Lama tak jumpa. Rindu nak berbahas ilmiah tentang isu semasa ngan awak. Esok I kena gi camp ngan budak2 form 4 kat Bachok. Bermalam kat sana... Tak sempat nak bermesra ngan you... huhuhu!!!

    ReplyDelete