Tuesday, May 11, 2021

Nampak Sesuatu

Langit itu berawan atau tidak, ia kekal menunjukkan kesempurnaan kejadian ciptaan Tuhan. 

ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ . 

Tidak perlu diceritakan yang kita telah bertemu Lailatul Qadar, seakan-akan kita "mengatasi" hamba-hamba al-Rahman yang memilih pendirian bahawa melihat tanda-tanda itu bukanlah keutamaan. "Tanda-tanda" yang kita temui, sama ada mengundangkan perdebatan tanpa kesudahan, atau kekecewaan mereka yang tidak pun menemui tanda yang berkenaan. Dan di akhirnya ketahuilah, ibadah itu hakikatnya melahirkan kerendahan dan kehambaan, bukannya kebanggaan untuk disebarluaskan. 

Kekalkan posisi kita kepada malam al-Qadar itu pada sifat ghaibiyyatnya, وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ . Nyahkanlah seketika media sosial dari amal ibadah kita, agar pahala keikhlasan itu berkekalan beratnya di timbangan Tuhan.

Petikan tulisan Ustaz Syaari Ab Rahman

https://www.facebook.com/1265064343/posts/10225961135236050/

No comments:

Post a Comment