Sungguh saya berasa sangat simpati. Merenung dalam-dalam akan laluan hidupnya, getirnya tidak tertanggung. Pun ketabahan yang dimiliki jauh mengatasi batas fikir seorang hamba. Begitu, tetap jua ia tersadung pada akar dan duri-duri di jalanan. Benarlah hidup ini satu medan ujian, yang menyukat kekuatan hamba-Nya, demi sebuah anugerah syurga. Kerana jalan ke syurga itu penuh liku!
Ada waktunya dia silap perhitungan juga. Lalu insan-insan di sekelilingnya tega menjauhkan diri, membiarkan dia sendirian mengharung segala. Dia cuba berlaku tabah, menerima takdir seredhanya namun dia tetap insan biasa, yang seringkali tertewas.
Dia tewas pada perasaan dan persekitarannya sendiri. Dia keliru antara benar dan salah, antara kasih dan harapan. Malah, lebih dari itu, dia enggan menerima kenyataan! Dia menghitung persekitaran umpama enggan menerima dia dan keluarga sedang hakikatnya dia yang mencipta jurang.
Kini ujiannya berganda. Insan kesayangannya yang sering mencipta onar, mula ingin memalit arang di dahinya. Apabila segala kemahuan sering dituruti tanpa usul periksa, segalanya menjadi keterlaluan hingga langkah sudah tersalah arah. Bagaimana lagi upayanya untuk membuang segala palitan kotoran itu tatkala sahabat menjauh, keluarga pula menyepi. Dia tercari-cari penyelesaiannya sendiri.
Simpati saya padanya tidak pernah berkurang, namun ada rasa kesal mengiringi. Saya bimbang jalan yang dipilih tidak lagi lurus dan saya pula tidak mampu membantu apa-apa. Hanya doa buatnya, agar mampu melihat kebenaran tanpa diselindung kebatilan. Semoga Allah memudahkan liku-liku jalanannya.

No comments:
Post a Comment