Ramai antara kita beranggapan bahawa Islam menganjurkan poligami. Kenyataannya, Islam membenarkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. Pada masa sebelum Islam, amalan poligami sangat parah sehinggakan seorang lelaki memiliki belasan isteri menjadi perkara biasa. Tidak hanya di dunia Arab saja, malah juga di tempat-tempat lain di dunia.
Menurut Al-Quran, pada dasarnya seorang laki-laki diizinkan menikahi sehingga 4 orang wanita, selagi ia mampu bersikap adil kepada semua isterinya. Lelaki tersebut wajib menafkahi isteri-isterinya bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga fizikal, emosi dan rohani seadil-adilnya. Jika ia tidak mampu melakukannya, maka ia tidak boleh menikahi lebih dari satu (Rujuk Al Quran 4:3). Malahan seorang lelaki tidak diizinkan menikahi seorang wanita pun jika ia belum mampu memberi nafkah dan menanggung seorang isteri (Rujuk Al Quran 24:33). Menurut para ahli perbandingan agama, Al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang di dalamnya terdapat kalimat “marry only one”.
Al-Quran juga memperingatkan bahawa sesungguhnya seorang lelaki itu tidak akan mampu berlaku adil dengan para isterinya, walau sekuat mana pun ia mencuba (Rujuk Al Quran 4:129).
Dalam kisah turunnya ayat Al-Quran tentang poligami, ayat ini diturunkan pada masa peperangan, di mana ramai wanita menjadi janda akibat kematian suami di medan perang. Ini menjadikan poligami sebagai pilihan yang masuk akal bagi para janda perang untuk memiliki suami yang mampu menafkahi dan melindungi.
Kesimpulannya, poligami bukanlah masalah. Ia dibenarkan oleh Islam, tetapi bukanlah menjadi satu perkara yang dianjurkan. Ia lebih kepada penyelesaian bagi manusia yang diatur dalam Al-Quran. Pun ia bukan untuk dilakukan sewenang-wenangnya, apalagi hanya berdasarkan nafsu belaka sehingga menyakiti hati isteri. Tidaklah bijaksana mengambil petikan dari ayat suci Al Quran dan menggunakannya untuk kepentingan sendiri tanpa melihat konteks keseluruhan dan latar belakang yang jelas.
Wallahua'lam.

Islam meletakkan sesuatu hukum untuk penyelesaian bukan masalah. jadi,jika dirasakan poligami itu penyelesaian,maka ambillah. jika dirasa ia membawa masalah,maka hindarilah. Islam itu amat mudah,tidak memaksa apa2.
ReplyDeleteSaya setuju dgn tulisan kakti. Ia begitu tenang dan matang sekali. Cuma ada sesetengah orang yg terlalu anti dgn poligami, sehingga seolah2 memayahkan apa yg dihalalkan.
Pada saat dunia hari ini sedang (dan telah pun) memudahkan yg haram, kita pula memayahkan yg halal, jadi tentulah kita akan gagal dan 'mereka' lah berjaya.
Sesetengah golongan yg anti poligami ini menimbulkan berbagai isu, memberi persepsi yg negatif sehingga telah ada golongan Kristian yg mengambil peluang menggunakan isu poligami untuk membuktikan Islam menindas wanita.
Solusi kpd masalah fitnah Kristian ini (yg sebenarnya berpunca dari org Islam sendiri) ialah dgn menunjukkan contoh yg baik,membuktikan poligami itu perlu pd sesetengah keadaan dan poligami sebagai penyelesaian. Bukanlah dengan mengelakkan dan terus cuba sebolehnya mencegah poligami hanya kerana takutkan fitnah Kristian. Ia jalan yg salah. Kita benar, mengapa mesti kelihatan takut?
Demikianlah, selagi mana insan, maka akan ada lah perbezaan.
Wallahu a'alam.
AdikDah.
Benar sekali Dikdah. Saya bukan anti poligami, tetapi anti kepada pelaksanaan poligami yang tidak berlandaskan syariat. Yang mengutamakan nafsu semata-mata.
ReplyDeleteItu sahaja.