Tuesday, October 25, 2011

Hipokrit

Saya terpaksa bersikap hipokrit, kerana dunia hari ini serba-serbinya hipokrit.

Sekurang-kurangnya, hipokrit saya bersebab. Mungkin ramai yang tidak setuju, tetapi bagi saya itulah yang terbaik.

Mereka terus-terusan menekan. Saya pula ibarat seekor nyamuk cuma. Tak punya apa-apa. Jangan kata kuasa, suara pun belum tentu didengari.

Maka saya umpamakan diri sebagai sebahagian daripada mereka walaupun hati menjerit enggan menyertai. Saya sebenarnya sangat teguh pada pendirian dan keyakinan hati sendiri tetapi saya sangat lemah untuk menzahirkannya.

Justeru, biarlah saya begini. Mereka bebas membaca diri saya, tetapi apa yang tertanam dalam hati, apa yang terpasak sebagai pegangan biarlah hanya saya dan Allah yang tahu...

No comments:

Post a Comment