Negeriku...
Selain Kelantan tanah tumpah darah, saya juga amat mengasihi negeri Terengganu. Di buminya saya menimba sejuta ilmu, saya mencipta sejuta pengalaman, dan saya mengenali sejuta perasaan. Cinta, kasih dan rindu di bumi Terengganu.
Biar tidak lama, cuma lima tahun (1985-1989) ditambah setahun (1996-1997) saya bermukim di Batu Rakit, namun jiwa Terengganu ada dalam hati saya. Mengenali sahabat-sahabat dari Terengganu, menimbulkan rasa akrab berpanjangan. Loghat Terengganu juga masih cair di lidah saya. Siapa pun tidak mampu menebak saya ini anak Kelantan tatkala mendengar tutur Terengganu saya. Sungguh, saya benar-benar kemas didakap erat dalam lautan kasih sayang Terengganu.
Semalam, saya ingin sekali melepas rindu dendam saya pada tanah kesayangan saya dengan mengunjunginya lewat cuti sekolah nian panjang ini. Suami saya bersetuju. Kami merancang untuk turun berziarah ke Negeri Penyu ini pada jam sebelas pagi. Saya sungguh teruja, tidak sabar rasanya.
Namun memang kita ini perancang yang tidak punya kuasa. Allah menentukan hari ini saya tidak mampu ke situ. Saya tidak sihat.
Bukan demam, bukan sakit perut, tetapi saya terlalu letih. Saya lenguh-lenguh seluruh badan dan tidak mampu untuk berdiri lama. Mungkin kepenatan kerana tugasan sebagai guru yang membawa ke pukul 4.30 petang semalam, meladeni keperluan anak-anak didik yang dahagakan ilmu. Tatkala mengajar, penat tidak pula terasa. Sepulang ke rumah barulah ia meraja.
Nampaknya, saya terpaksa membatalkan hasrat mengunjungi negeri kecintaan ini. Insyaallah, jika Allah menghadirkan peluang pada kali yang lain, saya akan ke sana juga nanti.

No comments:
Post a Comment