Setakat hari ini, saya tiada masalah dengan program ini. Awalnya, saya ragu-ragu juga tetapi menaruh harapan agar ia tidak dipesongkan. Selepas menonton dua episod pertama, saya rasa program ini bernilai positif.
Benar, wanita bukan untuk dipamerkan. Wanita bukan untuk dipertandingkan. Tetapi wanita juga bukan hanya untuk disimpan, dijadikan koleksi peribadi di rumah sahaja. Wanita punya akal, punya kepandaian. Mengapa kebijaksanaan mereka harus dinafikan?
Ini bukan pertandingan mencari wajah siapa yang paling cantik seperti dalam Gadis Melayu. Atau suara siapa yang paling merdu seperti Akademi Fantasia. Atau tarian siapa paling hebat seperti Mari Menari. Ia tidak begitu, malah jauh sekali.
Temanya mendidik wanita. Mereka berpakaian menepati syariat. Aktiviti mereka menjana khidmat masyarakat. Tujuan mereka dakwah. Bukankah wanita juga diseru untuk berdakwah? Lalu apa yang salah?
Hairannya, program ini dijadikan kontroversi. Belum pun ia ke udara, pelbagai ulasan sudah kedengaran. Saya risau dengan masyarakat kita yang sangat gemar menghukum. Semuanya dikaitkan dengan perkara negatif sedangkan perlaksanaannya belum pun dilihat lagi.
Saya mendoakan agar program ini menjadi pemangkin kepada wanita dalam mencari ilmu dan membina peribadi. Pada saat lelaki-lelaki berkualiti semakin berkurangan, wanita perlu lebih berjiwa kental dan bersemangat tinggi. Bukan wanita yang ingin menandingi lelaki, tetapi lelakilah yang gagal memposisikan diri mereka di tempat yang sepatutnya.
Wallahua'alam.

No comments:
Post a Comment