Saya berpendapat mereka yang suka sangat mengkritik kebaikan kerajaan agak terkejut dengan pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.
Keesokan harinya hampir semua akhbar arus perdana dan akhbar tempatan lain habis dijual, keadaan ini membuktikan petanda bahawa semua peringkat rakyat begitu prihatin untuk mengetahui lebih terperinci mengenai isi kandungan bajet 2012.
Pelajar bukan sahaja dapat menikmati pendidikan percuma tetapi diberikan pula wang saku RM100 setiap seorang, dari Tahun Satu hingga ke Tingkatan Lima mulai sesi persekolahan tahun hadapan.
Begitu juga kebajikan lain sebelum ini tidak terlintas oleh pemikiran kita bahawa pelbagai inisiatif dan kemudahan serta imbuhan dapat dinikmati semua golongan rakyat Malaysia. Kini rakyat mula membuka mata dan sedar bahawa selama ini mereka dibuaikan dengan tohmahan tidak berasas pembangkang.
Rakyat selama ini dikelirukan dengan pelbagai cerita rekaan bertujuan menjatuhkan bukan sahaja air muka pemimpin tetapi juga kerajaan yang benar-benar memperjuangkan nasib mereka.
Saya berpendapat inilah masa paling sesuai untuk diadakan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) sementara rakyat tengah berada dalam mood gembira dan ceria sebelum mereka ini dicemari semula dengan pemikiran jumud dan mungkin berubah apabila 'tukang karut' mencanangkan lagi irama dendangan lagu sumbang mereka.
Jika PRU13 disegerakan, untuk mendapat majoriti mudah mungkin dalam tangan dan untuk mengembalikan balik dua pertiga majoriti adalah lebih cerah, manakala usaha untuk menawan balik negeri yang kalah dulu juga tidak mustahil.
SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL,
Ampangan, Seremban.
(Berita Harian 10/10/2011, ruangan SURAT di bawah tajuk "Masa sesuai rakyat balas jasa kerajaan pada PRU13")

No comments:
Post a Comment