Thursday, October 20, 2011

Halal vs Haram

Susahnya nak makan. Kena cari yang ada cop Halal JAKIM baru boleh makan. Kalau tidak, tak yakin. Entah halal entah tidak. Syubhah jadinya.

Apa kata jika kita perkenalkan cop HARAM? Tentu lebih memudahkan proses pembelian. Mana yang ada cop HARAM jangan beli, memang sah makanan itu haram. Yang tak ada cop haram, maka halallah dia.

Boleh ke macam tu?

Ingat, nak beli ikan pun kena cari yang ada cop halal. Takut terkena ikan yang tidak disembelih...!

Katanya Islam itu mudah, tetapi selalu sahaja dipersusahkan oleh kita-kita ini. Aduhai...!

Saya bukanlah orang yang arif, yang layak bercakap tentang hal ini. Tetapi saya berasa terpanggil untuk mengulas sedikit sebanyak tentang isu global ini. Betulkan saya jika saya salah.

Jika tentang makanan, bersungguh-sungguhlah orang kita mencari yang halal. Takut jika termakan yang haram, akan mendarah daging sehingga amalan tidak diterima. Tetapi dalam hal lain?

Memandu tanpa mengikut peraturan di jalan raya, sehingga menyusahkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain, halalkah?

Guru masuk lambat ke kelas tanpa sebarang alasan, halalkah?

Oh, itu tidak penting dalam masyarakat kita. Hanya makanan yang dijaga. Perkara lain boleh sahaja dilupakan.

Begitukah Islam?

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment