Monday, October 10, 2011

Di bilik ini


Ini bilik saya. Tidak salahkan saya mempamer gambar bilik saya di khalayak ramai? Saya sekadar ingin berkongsi ketenangan yang saya miliki berada di bilik ini.

Di sini, saya benar-benar damai. Saya diulit tenang dan bahagia. Saya tidak perlu ke mana-mana untuk mencari kedamaian itu. Hanya di bilik ini.

Aktiviti harian saya berpusat di sini. Setiba di rumah, saya akan terus menuju ke bilik saya. Saya mandi, bersolat dan berehat di sini. Sungguh nyaman. Hanya tatkala perut meminta untuk diisi barulah saya keluar ke dapur. Jika tidak, di sinilah saya. Di bilik ini.

Saya berblog di sini. Mengaji Quran pun di sini. Saya menyiapkan kerja sekolah juga di sini. Membaca majalah dan novel di sini. Menggosok baju, melipat kain dan menonton tv di sini. Sesekali berkaraoke. Juga menonton CD Korea. Semuanya di sini. Di bilik ini.

Bukan saya tidak sunyi di sini, tetapi saya menghargainya. Juga meraikannya. Saya tidak perlukan hiburan lain. Malah, bersantai di halaman rumah juga tidak mampu memberi ketenangan yang setara dengan apa yang saya peroleh di bilik ini.

Saya bahagia di sini. Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment