Saturday, July 22, 2017

Duit

Ada seorang guru tu, lelaki, selalu sangat cakap pasal duit. Di ada skim itu skim ini, buat sejak umur 35 tahun dan pada umur 50 tahun dia sudah ada RM88000.

Saya sebenarnya malas nak melayan segala skim yang entah apa-apa. Saya malas nak percaya. Eh, kalau nak kaya tak perlu skim-skim pun lah!

Wahai adik-adik kakak yang baru bekerja, janganlah terpengaruh dengan skim tipu-tipu ni. Kalau nak ada duit banyak, satu je yang korang kena percaya - menyimpan. Yang ini memang tak tipu. Menyimpanlah. Setiap bulan. Sikit pun tak apa.

Mulakan dengan RM200 sebulan, potong masuk Tabung Haji dan jangan usik kecuali pada waktu benar-benar kecemasan. Kemudian tambah lagi jadi RM300 pada tahun seterusnya. Dan tambah lagi. Jangan usik. Tambah lagi. Jangan usik.

Bila usia kita 40, kita akan terkejut dengan hasilnya. Kita akan rasa sangat teruja dan pada usia ini, kita sudah boleh kekalkan jumlah potongan kerana jumlah simpanan kita sudah mencapai sasaran.

Ini yang saya lakukan. Potongan bulanan simpanan saya sudah tidak lagi saya tingkatkan, saya kekalkan jumlah potongan yang sama sejak lima tahun dulu kerana simpanan saya sudah mencecah jumlah yang saya mahu.

Sasaran saya sekarang ialah meningkatkan jumlah wang dalam akaun gaji pula. Ini akan memudahkan untuk saya terus memberi dan memberi. Saya menggunakan perbankan atas talian , jadi senang untuk melakukan pemindahan wang ke akaun-akaun insan yang memerlukan tanpa perlu ke Tabung Haji.

Skim-skim yang diiklankan orang-orang yang tidak bertanggungjawab itu tidak pernah saya endahkan. Saya boleh memiliki 'kekayaan' dengan cara sendiri. Dan buktinya sedang saya rasa.

Maaflah. Ini bukan menunjuk-nunjuk. Ini nasihat dan perkongsian. Belum pernah ada orang menjadi kaya sekelip mata hanya kerana skim pelaburan tanpa perlu bersusah payah menyimpan. Kata kuncinya tetap satu - menyimpan. Gaji berjuta pun kalau tidak menyimpan tidak akan menjadikan seseorang itu berduit.

Sekian.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment