Friday, July 14, 2017

Keju

Malam Ahad lalu, suami saya mengajak saya keluar makan. "Mahu KFC?" Soalnya. Memang dia tahu sangat, KFC lah kelemahan saya. Demi diajak, tak pernah ditolak.

Selepas Maghrib kami keluar ke pekan Kok Lanas yang terletak kira-kira 12 km dari rumah kami, dan hanya 15 minit perjalanan. Jika dihitung, KFC G-Orange lebih dekat tetapi kata suami saya, kalau kita ke situ nanti jumpa ramai orang yang dikenali dan tiadalah privasi. Wah!

Saya mengambil order, seperti biasa. Kali ini saya memesan ayam goreng keju 3 rasa yang baru diperkenalkan itu. Bukanlah baru sangat, saya dah rasa pun sekali beberapa bulan lepas. Cuma kali ini saya pesan juga untuk suami saya sebab dia nak rasa. Saya dapat agak, dia tidak akan menyukai tetapi biarlah, dah dia nak cuba.

Benarlah. Tak sedap katanya. Dia nak sos yang biasa tu jugak!

Saya?

Inilah kegemaran. Sedapnya tidak terkata, hingga menjilat segala jari yang ada. Lemak, masam, pedas, semua sekata dan saya boleh memakannya begitu sahaja.

Hari ini, saya menulis entri ini kerana saya terasa rindu untuk menikmatinya lagi.




Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

3 comments:

  1. Saya pun suka sos dia..sedap..mkn dgn nasi pn sedap..tapi k.ti key sokmo berehi hok original tanpa sos tu..sudah berubah rupanya..😁

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka sos dia..sedap..mkn dgn nasi pn sedap..tapi k.ti key sokmo berehi hok original tanpa sos tu..sudah berubah rupanya..😁

    ReplyDelete
  3. Kalau sos cili memang tak sedap sebab ada rasa manis. Sos keju ni lain... hihihi!

    ReplyDelete