Tuesday, July 04, 2017

Tiada

Selasa, 4 Julai 2017.

Bertemujanji lagi saya di Klinik Perol ini. Kali ini untuk melihat hasil ujian darah hbA1c yang dibuat pada temujanji lalu. Ada debar, namun pasrah.

Seperti biasa tiba saya pada awal pagi, dan diberi nombor giliran 1001. Tekanan darah diambil, dan bacaannya 132/94. Tinggi sedikit bacaan diastoliknya. Bacaan gula darah pula 5.6, normal. Saya diarah ke bilik pegawai zat makanan dahulu untuk diberi sedikit nasihat tentang pemakanan.

Banyak juga maklumat yang saya dapat daripada pegawai muda yang baik hati itu. Shuhanim namanya. Rasanya baru pertengahan tiga puluhan. 

Seterusnya saya menanti giliran le bilik doktor pula. Ramainya pesakit hari ini, dan doktor cuma seorang. Saya sabar menunggu.

Jam 9.25 pagi nombor saya dipanggil. Kata doktor, keputusan ujian saya normal. Saya tiada diabetes.

Alhamdulillah.

Walaupun begitu, saya masih perlu berhati-hati dengan pemakanan kerana potensi saya untuk mendapat diabetes ada. Bacaan hbA1c saya 6.0 dan berada pada paras menghampiri sempadan. Jika 6.5, saya dikira diabetic.

Insya Allah saya akan menjaga pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal demi sebuah kelangsungan hidup yang normal. Mati itu pasti, dan boleh bila-bila. Cuma biarlah hayat saya sihat sejahtera. 

Amin.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment