Monday, October 19, 2020

Pakaian

Pakaian. 

Inilah subjek utama yang menjadi fokus masyarakat kita kerana pakaian itu cermin peribadi. Daripada pakaianlah kita dinilai sama ada baik atau jahat. Pakaian kita mencerminkan segala yang di luar dan di dalam.

Jadi jagalah pakaian. Perkara lain tak payah kisah sangat, kerana nombor satu ialah pakaian. Kalau anda bijak, hebat dan terkenal dalam bidang anda tetapi anda berpakaian tidak sesuai, kehebatan anda sia-sia. Mereka anggap Tuhan tak pandang pun kehebatan dan sumbangan anda itu sebab pakaian anda tidak menepati.

Jagalah pakaian. Jika anda pernah buat perkara yang tak baik sebelum ini, tiba-tiba anda berubah dengan berpakaian yang memenuhi kehendak mereka, anda sudah bertaubat dan taubat anda diterima. Hijrah, kata mereka.

Jagalah pakaian. Jika anda sudah berpakaian mematuhi syariat, tiba-tiba anda mengongsi gambar dua puluh tahun lalu yang menampakkan rambut anda, akan adalah yang meminta ada memadam gambar itu. Nanti terbuka aib anda kerana tidak menjaga pakaian.

Jadi, jagalah pakaian. Ia perkara paling penting dalam masyarakat kita.

No comments:

Post a Comment