Thursday, October 01, 2020

Makin

Ia sepertinya sesuatu yang sudah mahu pergi tetapi tiba-tiba berpatah pulang. Sepertinya ia tidak mahu lagi menyisih, malah semakin ingin mendekat walaupun tiada yang mahu ia terus berada di sini. Mengapa begitu payah mahu tinggalkan kami dalam aman?

Covid-19. Payah sungguh mahu menghantarnya pulang ke tempat sendiri dan jangan datang-datang lagi. Susah benar orang kita mematuhi setiap prosedur operasi yang digariskan pihak berkaitan agar Covid-19 ini tidak sudi melekat di sini. Melihat jiran sebelah yang sudah bebas terasa betapa degilnya rakyat kita. Bukan degil lagi, tetapi babil!

Maaflah. Normal baharu bukan saja-saja disebut oleh pemimpin, tetapi kita mengambil enteng tentang itu. Lihatlah apa jadi sekarang. Suasana semakin meribut, kalut dan serabut.

Politik itu, tidak bolehkah jika sesekali dan seketika ini diletak di tempat yang rendah sedikit? Apa tidak boleh hidupkah pemimpin parti jika lupa sebentar tentang kuasa? Apa rakyat ini nyawanya hanya untuk dipertaruhkan?

Semoga Allah tidak terus menghukum kita atas kebodohan mereka.

No comments:

Post a Comment