Situasi saya
Saya ini tiada anak. Tinggal berdua saja dengan suami. Selalu sangat apabila ada sesiapa yang datang berkunjung ke rumah kami akan mengeluarkan komen-komen seperti ini.
"Kosong je rumah awak. Tak nak ambil anak angkat ke?"
atau
"Hmm.. rumah besar tapi duduk dua orang je. Tak sunyi ke?"
atau
"Korang ni duit banyak, tapi tak ada anak. Hmm..."
atau
"Pakai kereta besar, tapi naik dua orang aje!"
atau
"Kenapa tak buat tuisyen, masa lapang kan banyak. Duduk rumah buat apa?"
Saya hanya mampu tersenyum saja, Tetapi ada kalanya hati menggelegak juga. Sesedap rasa je bagi komen sedemikian rupa. Jom, saya nak terbalikkan komen-komen ini dan kita lihat ia menarik atau tidak!
Situasi dia
Dia anak ramai. Duduk sepuluh orang dalam satu rumah. Saya berkunjung ke rumahnya dan mengeluarkan komen seperti ini.
"Hmm, anak ramai-ramai ni, tak nak bagi-bagi kat orang ke buat anak angkat?"
atau
"Rumah ni sempit, tapi duduk sepuluh orang. Selesa ke?"
atau
"Korang ni bukan banyak duit pun, tapi asyik beranak je.."
atau
"Anak ramai macam ni, kenapa beli kereta kecik?"
atau
"Punyalah banyak kerja nak buat kat rumah, sempat lagi awak buat kelas tuisyen?"
Boleh ke macam tu? Sesuai tak jika saya mengeluarkan dialog sedemikian? Tentu ada yang berasap telinga bukan? Jadi tak perlulah kita mengomen orang lain atas perkara yang orang itu tiada kuasa mengubahnya kerana jika terkena pada kita, perasaan kita sama saja terluka.
No comments:
Post a Comment