Saturday, February 27, 2021
Kesedaran
Dia Telah Pergi
Wednesday, February 24, 2021
PdPR
Tuesday, February 23, 2021
Foodpanda
Monday, February 22, 2021
Sudirman
Terasa Sayu
Hari ini bermulalah perjuangan mereka. Anak-anak kelahiran 2003 ini berdepan cabaran yang tidak terduga apabila SPM mereka tertunda berkali-kali akibat pandemik. Tentunya pelbagai rasa berbaur, dan bukan sedikit air mata yang tumpah. Dijenakakan sebagai anak murid lebih umur pun, mereka tidak pernah terasa. Semangat mereka tetap utuh dan membara-bara.
Saya tidak meminta banyak. Saya bersama-sama mereka sejak 2018, menyusur jalan perjuangan SPM ini dan saya mengasihi mereka seikhlasnya. Doa saya tidak pernah padam agar Allah lapangkan hati mereka dan memberi yang terbaik untuk mereka. Apa pun keputusan mereka nanti, saya akan tetap berbangga. Menempuh laluan ini dengan kekuatan hati yang bukan calang-calang, sudah menjadi bukti sebuah kecekalan. Teruskan langkah anak-anakku, hidup di depan menanti.
Muhammad Amin dan Ain Aliah, doa Umi tetap melimpah-limpah. Jangan pernah berhenti berlari kerana pejuang itu tidak kenal lelah. Allah ada, sentiasa melindungi dan memayungi kalian. Semoga laluan untuk kalian tempuhi sentiasa dipermudah.
SPM 2020 membuka lembaran sejarah, menjadi titik permulaan perubahan yang mungkin berangkai-rangkai. Kita akan tetap bersedia untuk segalanya.
Semoga Allah reda.
![]() |
| Muhammad Amin, gambar 2007 |
![]() |
| Ain Aliah, gambar 2006 |
Friday, February 19, 2021
Sekolah Buka!
Tuesday, February 16, 2021
Hidangan Hari Ini
Monday, February 15, 2021
Uncle
Sunday, February 14, 2021
SPM 2020
Saturday, January 30, 2021
Matematik
Thursday, January 28, 2021
Kuarantin
Sabtu itu (23 Januari) suami saya menerima berita yang seorang pekerja kantin sekolahnya disahkan positif Covid-19. Selama dua hari persekolahan minggu lepas (Rabu dan Khamis), suami saya memang ke kantin dan berurusan dengan pekerja itu yang bertugas di bahagian minuman. Terkejut juga, tetapi saya tenang-tenang sahaja.
Dalam berfikir apa yang perlu kami lakukan, saya dan suami memutuskan untuk mengelak daripada mengunjungi ahli keluarga. Awalnya kami mahu juga melakukan swab test, tetapi kata Pengetua sekolahnya, jika tidak bergejala tidak perlu swab test cuma patuhi SOP sahaja. Perlu ke sekolahkah? Ya, katanya.
Guru-guru sekolah suami saya kalut juga tetapi mereka teruskan bekerja seperti biasa. Saya dan suami pun begitulah. Teruskan kehidupan dalam berjaga-jaga. Alhamdulillah kami tiada apa-apa gejala setakat ini.
Hari ini sudah seminggu berlalu. Kami masih sihat tetapi tetap akan berada di rumah tanpa ke mana-mana kecuali ke sekolah. Semoga Allah melindungi kami dari segala mudarat, amin.
Di Sini
Bermula sudah segalanya. Pada pagi 20 Januari 2021 itu, saya dengan semangat menyala-nyala melangkah kaki menuju ke sekolah untuk berkhidmat setelah lama mengurung diri tanpa bekerja sejak 9 November 2020. Bayangkan keterujaan yang ada dalam diri saya, begitu tidak terhingga.
Saya rindu aroma tempat kerja saya. Saya rindu keriuhan kelas anak-anak murid saya. Saya rindu mesra tawa dan sapaan rakan guru saya. Rindu itu terbawa-bawa sejak lama, sehingga hadir dalam mimpi yang tak sudah.
Rabu itu, segala-galanya indah. Cuaca yang sempurna, suasana yang ceria. Terima kasih Tuhan mengembalikan norma ini dalam kehidupan. Betapa lama saya bertapa dalam ketidaktentuan memikirkan pelbagai perkara tentang anak-anak murid yang saya tinggalkan, hari ini wajah mereka dapat saya tatap dan suara mereka dapat saya dengar. Alhamdulillah mereka masih sihat dan ceria walaupun semangat mereka sedikit tercalar. Tuhan, bantulah mereka meneruskan perjuangan.
Pulang ke rumah saya rasa lega, rasa nyaman. Rasa terlepas segala rindu dendam. Esok saya akan meneruskan lagi perjalanan dan akan tetap menyemai segala keikhlasan yang ada demi kelangsungan sebuah kehidupan.
Semoga Allah reda.





