Thursday, May 24, 2012

Zaman

Terseksakah menjadi pelajar pada zaman sekarang?

Seorang ibu bertanya saya siang tadi, mahukah saya mengadakan tuisyen peribadi di rumah? Dia ingin saya mengajar anaknya subjek Matematik Tambahan. Malangnya, saya menolak. Pun, saya mempelawa anaknya ke sekolah Khamis nanti untuk sesi tutorial jika dia mahu.

Sejenak saya terfikir, cuti yang tiba selama dua minggu ini rupa-rupanya menjadi satu kerisauan pada sesetengah ibu bapa. Risau kerana selama dua minggu ini anak-anaknya akan berehat dari belajar dan memenuhi masa dengan bermain dan berkawan. Itu perkara yang tidak berfaedah, bukan?

Saya rasa sengsara. Belajar itu sesungguhnya terlalu wajib hingga apa-apa sahaja selain belajar menjadi tidak berfaedah. Memang, jika saya pelajar masa kini, saya sangat sengsara!

Mujurlah pada era saya, perkara sebegini belum keterlaluan. Arwah ayah yang begitu mengambil berat dan prihatin itu pun tidak pernah memaksa saya belajar semasa cuti sekolah. Cuti bagi ayah ialah cuti. Buatlah apa sahaja kerana saya sedang bercuti. Tetapi, apabila tamat cuti, teruskan tanggungjawab sebagai pelajar. Dan alhamdulillah, cara ayah yang sebegitu telah menjadikan anak ayah ini tidak tergolong dalam golongan yang rugi... Saya belajar, tetapi saya tetap mampu melayan hobi saya yang lain pada masa cuti. Saya menonton TV, saya membaca bahan bacaan yang bukan buku pelajaran, saya menghafal lagu, saya menulis diari, dan segalanya yang saya suka semasa cuti. Terima kasih ayah kerana terlalu memahami jiwa seorang anak seperti saya!

Sekarang, saya simpati pada anak-anak didik saya. Dunia mereka disempitkan walaupun pada zaman yang tiada sempadan ini. Mungkin juga kerana zaman ini ada facebook, ada smartphone, ada internet, ada cyber cafe dan pelbagai lagi, maka pemantauan ibu bapa menjadi keterlaluan. 

Entahlah. Saya tidak tahu. Mereka yang ber'title' ibu dan bapa mungkin lebih mengerti.



Saturday, May 19, 2012

Cermin


"Lihat pada suami, kita tahu isterinya, begitu sebaliknya. Lihat pada anak, kita tahu ibu bapanya" - Prof. Muhaya.
  
Ketahuilah tentang cermin diri kita. Sebagai isteri, kita sebenarnya cermin bagi suami. Elok kita, maka tergambarlah keelokan suami yang memberi didikan. Sebaliknya juga, elok seorang suami, maka terbayanglah keelokan si isteri yang dididiknya. Hal yang sama juga bagi ibu bapa dan anak-anak.

Walaupun ada kes-kes yang tidak mematuhi peraturan di atas, ia sangat terpencil.

Sama-samalah kita muhasabah diri agar kita menjadi cermin yang baik.

Ibu oh Ibu!

Bulan ini - pada setiap tahun - kaum ibu dirai. Mereka diberi penghargaan yang tinggi, bukan sahaja daripada anak-anak tetapi juga media dan masyarakat. Bulan ini, bulan untuk ibu dikenang dan dihargai.

Alhamdulillah, saya masih punya ibu. Ibu saya ialah ratu di hati saya. Benar, saya tidak mampu untuk mengunjunginya setiap hari tetapi ibu tetap dekat di jiwa saya. Jasa baktinya terlalu besar, tidak mampu saya balas sampai bila-bila. Pengorbanannya membesarkan kami berlapan, dalam kehidupan yang menghimpit, tidak akan mampu saya tandingi. 

Tersentuh hati dengannya? Oh! Tidak pernah sama sekali. Jika pun ada, saya tidak mungkin akan menyimpannya dalam hati kerana statusnya sebagai ibu terlalu tinggi untuk saya membiarkan rajuk saya berpanjangan.

Terima kasih ibu, kerana mendidik saya ke tahap ini. Menjaga segalanya - makan pakai, sakit pening, budi akhlak, pelajaran dan semuanya - tanpa keluhan. Tanpa meminta balasan.

Terima kasih ibu, kerana memahami dan mengerti, menjadi pendengar dan penasihat, memberi perangsang dan semangat, pada saat kami memerlukan.

Maafkanlah, kerana ada ketikanya kami gagal memberi yang terbaik buat ibu. Ada ketikanya kami menggores luka di hati ibu. Ada ketikanya kami biarkan kesedihan bersarang di jiwa ibu. Maafkanlah, kami ini ada waktunya mengikut perasaan dan lupa menjaga adab terhadap ibu. Maafkanlah!

Terima kasih Tuhan, mengurniakan kami ibu yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Lindungilah ibu kami Ya Allah, dalam perlindungan-Mu yang tidak pernah lalai!

Sunday, May 13, 2012

Wahai Cinta!

Salahkah jika saya rasa kurang enak membaca catatan-catatan berbau cinta di laman sosial? Sudahnya, saya menyahaktifkan akaun saya hanya kerana jemu dan muak dengan pelbagai status dan perkongsian tentang cinta. Pada saya, ia tidak langsung membina.

Yang biasa-biasa, menulis rasa hati tentang bahagianya dia bertemankan buah hatinya. Yang sedikit beriman, menulis tentang rindu-rinduan pada insan yang dikagumi tetapi tidak pernah ber'dating'. Yang lebih tinggi imannya pula, menulis tentang doanya dan aduannya pada Allah tentang rasa cinta dan rindu pada si kekasih idaman.

Kata kuncinya tetap cinta! Cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang sememangnya sangat memualkan saya.

Untung, zaman remaja saya dahulu belum ada facebook dan kemualan inni tidak dirasa oleh orang-orang yang lebih tua. Jika ada rasa yang mengganggu, kami simpan dalam hati atau mencatat dalam diari. Mual atau tidak, hanya kami yang tahu. Kini rasa yang begitu peribadi itu dikongsi meluas dan golongan veteran seperti saya menjadi sangat menyampah. Kadang-kadang, terdetik dalam hati, "mereka ini tidak mahu memikirkan perkara lainkah selain cinta dan rindu?"

Memang perasaan sebegitu adalah lumrah dan fitrah bagi anak-anak remaja tetapi tidak perlulah diletakkan di atas hingga kami rasa jemu menatapnya. Memang facebook anda milik anda, boleh tulis apa sahaja yang dalam fikiran anda tetapi apa yang anda tulis sememangnya mencerminkan keutamaan anda.

Saya 'jealous'? Mungkin...!




Friday, May 11, 2012

Bermadu

Sejak lama, saya menerima dan meraikan hukum berpoligami dalam Islam tanpa prejudis. Sejak lama juga, saya telah mempersiapkan diri saya untuk mendepani segala kemungkinan, kerana yang saya mahu hanya satu - redha Allah.

Apabila perkahwinan saya semakin berusia dan zuriat pula belum mahu tiba, saya semakin serius memikirkan hal yang satu ini.Apatah lagi diagnosis mengesahkan suami saya sempurna dan masalah berpunca dari kesihatan saya, maka saya menjadi bertambah serius. Benarlah, ada seribu satu hikmah tersimpan di sebalik kebenaran berpoligami ini yang hanya segelintir manusia mampu merasainya.

Lalu saya bersuara.

Mulanya, hanya pada teman-teman rapat. Ada yang diam, ada yang setuju, ada yang kagum. Pun, tidak kurang yang meragui keikhlasan saya. Katanya, "sekarang bolehlah cakap macam tu. Redhalah, tak kisahlah. Tetapi bila betul-betul jadi nanti, entah-entah berubah perasaan. Entah-entah cemburu melampau-lampau sampai suami pun tak tahan."

Saya mengambilkira semuanya. Mungkin ada kebenaran di sebalik setiap pendapat kerana saya tidak tahu masa depan saya. Pun, ada yang menjadi teladan, ada juga menjadi sempadan. Saya muhasabah diri, dan berdoa siang malam agar ada kekuatan menghadapinya andai itulah takdirnya nanti.

Kepada suami, saya suarakan dengan nada yang saya sendiri tidak pasti - ceria atau gundah. Dia terkejut. Tafsiran berbeza dilontarkan kepada saya. Katanya, saya tidak sayang dia lagi!

Itu lebih sepuluh tahun lalu, sewaktu saya baru mengetahui tentang kekurangan saya dan saya enggan membiarkan dia tersia-sia. Kini, tafsirannya mungkin berbeza. Kala berbicara dengannya, saya selitkan isu poligami dan dia tidak lagi melatah seperti dulu. Walaupun nadanya bergurau, saya tahu dia semakin positif.

Seharusnya, saya lebih bersedia.

Namun sebagai wanita bertaraf biasa, saya tahu segala kesedihan yang bakal saya rasai. Sekuat mana pun jiwa saya, mampukah saya tersenyum dan ketawa saat saya membayangkan suami saya sedang berbahagia diladeni isteri baru yang jauh lebih muda? Mampukah jiwa saya bahagia tatkala madu saya dibawa berbulan madu dan saya ditinggal sendirian? Tidak akan gugurkah air mata wanita saya apabila segalanya menjadi nyata? Sedang selama ini, dia adalah saya dan saya adalah dia. Tiada yang ketiga.

Aduhai! Memang sukar menghadapinya dan kerana itu saya sangat faham mengapa bermadu itu begitu pahit bagi wanita.Malah, saya juga sangat hairan jika ada wanita yang sengaja mahu mengganggu kebahagiaan rumah tangga wanita lain hanya kerana tertarik dengan peribadi si suami.

Saya bersedia, insya Allah sangat bersedia. Saya mohon pada-Nya, jika itu yang terbaik buat kami maka izinkanlah. Jika tidak, kami redha begini.



Sunday, May 06, 2012

Ignocracy?

 Our Government promotes “ignocracy”

There are many interesting implications inherent in the topic of my address to you today: Malaysia: The Future is in Our Hands.

When I say the future is in your hands, I am not referring to the lines on your palm. I am saying the future is in your hands because it is with these hands that you are going to elect the people who will represent your best interest in the government.

Some people told me that we are poised on the cusp of change, and the choice that you make is significant, perhaps not so much for you as for your children, grand children and great-grand children. To put it another way, the future of innocent children yet unborn for generations to come is in your hands.

In other words, it is not the King who will decide the future for us, it is not what the Prime Ministers want that will be of any consequence. It is not the VVIPs or the so-called political analysts who are going to decide the future of our land. It is you, and here I include the ordinary citizens of the country, meaning the farmer, the teacher, the petty trader, stall keeper, the trishaw puller, the watchman, the bread man and even the unemployed vagrant who is going to decide the destiny of our children.

The issue of choice is sacrosanct to human beings who have been endowed with free will. You are born to be free. It is not for the government or the opposition to decide whether you should be free or not. Remember, nobody can dictate your choice unless you let him.

Therefore, more sacrosanct than any other day is the day of election. It is a day when you will hold the country’s future in your hands. In fact, no other election has been so much talked about and anticipated with as much anxiety and expectations as the forthcoming elections. The coming election appears so important that it may be likened to the ‘battle of the century’ for our country.

There are many Malaysians who complain about the government but are not registered voters. They make loud comments but lack the will to make a difference. They do not commit themselves wholeheartedly to seek change and to exercise their voting rights to choose a better government.

Your future is in your hands and if you fail to treasure the right, and exercise the right with wisdom, then you and no one else is to blame for your own destiny.

As the Qur’an says in chapter 13, verse 11: “Truly, God does not change the condition of a people unless they change what is in themselves”.

 Now the next issue is, are we able to exercise our mind with wisdom? Unfortunately, as a people and as a nation, we are not able to do so. We are born free, but our minds have become captive.

In our country, the problem of the captive mind has its origins in the race dilemma to an extent that we have become incapable of devising an analytical method independent of current stereotypes about Malays, Chinese, Indians and the others. Our thinking is based completely on a racial world view when it comes to matters of politics, education, economics, planning, and so forth.

 Needless to say, we promote a racial world view that thrives on the policy of divide and rule. The citizens of the land are exiting the country in large numbers, and the gap is filled, not by people with equivalent skills and potentials, but by unskilled labour from abroad. Public universities have no places for locals, but they are absorbing large numbers of foreign students. It is sad that our own people should be deprived of the benefits of a good education – a resource that has been described as the global currency of 21 economies.

And yet education is seen as the best solution to the economic uncertainties of the times, as it enables our people to compete, collaborate and connect in a way that drives our economies forward.

 And today, we have the captive mind, the product largely of our education system, which has failed to generate its opposite, the creative mind. The captive mind feeds on trivia and fragmented knowledge, and students are not taught to be philosophical, universal or intercultural.

Our educational curricula do not encourage the moral and intellectual reform of the mind. If we look west, we find that the development of education took place as part and parcel of the evolution of society and civilization as a whole. But in our own case, the education system has failed to impart the fundamentals of scientific thinking and reasoning in relation to our own society.

Captive minds tend to avoid major issues such as the concept of good governance, meaning of development, the effect of corruption on society and the rule of law.

Again, as it stands today, in the area of economy, there is no honest intellectual inquiry to find out why, despite many years of implementing the New Economic Policy, inequitable distribution of income continues to plague the people, and why we are lagging behind countries that do not have as much resources.

To this very day, the electorate has not understood the implications of the New Economic Policy which has produced results that are diametrically opposed to the original intention of bridging the gap between the haves and the have-nots. The longer we try the policy, the further we are from the original goal.

If the doctor keeps on prescribing the same medicine which produces opposite results, then something must be wrong with the doctor, and something more serious must be wrong with the patient who keeps on trusting the same doctor.

Today, the discrepancy between vision and reality has taken on an alarming turn. It has gone far beyond economics into the realm of ethics and morality. In numerous instances it has taken the form of corruption and decadence which has pushed the economy further down the drain.

Today, we are saddled with a spiraling national debt brought to exist by wanton corruption and wasteful spending. It is feared that in relation to Singapore which is free of foreign debts, if we are not careful, it won’t take us long before we become another Greece. The problem continues to escalate, despite being highlighted by the Auditor General year after year in his annual reports. It has been estimated that we can easily save RM25-30billion without changing any of the deliverables if only we can get rid of corruption and cronyism.

Professor Alatas once said that we have different types of governments such as democracy, autocracy, theocracy, and so forth, and now we need to describe our government as one that keeps the people ignorant. According to him, we need to use new terms such as “ignocracy” to describe a government that wants to keep the people ignorant.

And yet for a democracy to succeed it is of cardinal importance for us to make informed choices. We have the power to cast away our misfortune by casting our votes for the right candidates. But our captive minds are unable to guide our hands in making the right choices for our future and the future of our children.

 When I say that the future is in your hands, it is not merely a reference to your individual role as a voter. I must add that the future is in your hands in a larger collective sense. In those days, the duty to educate and inform was left to educators and writers, as well as the government. Today we can no longer trust them to act as purveyors of truth. It has become our responsibility to hold the future in our own hands. In this effort, we are thankful for the new technology which has flung open the doors of democracy, making it easier for us to organize and share information.

Therefore, through our efforts at educating and promoting political consciousness, let us hope that the people of this country, in the rural and urban areas alike, will cast away their slumber, and wake up to greet the dawn of a new day, as we did fifty five years ago when the Tunku called this nation into being in the name of God, the Compassionate and the Merciful, a nation that “ever seeks the welfare of its people”.

*Speech by Tengku Razaleigh Hamzah at the “Road Map For Achieving Vision 2020” Book Launch Ceremony at Syuen Hotel, Ipoh, April 1, 2012

Saturday, May 05, 2012

Cerita Hati

Tak tahu nak cerita apa, tetapi hati ingin bercerita. Seperti ada rasa yang terbuku tetapi tidak mampu terluah. Kenapa sebegitu? Saya sendiri tidak tahu....

Hari ini, saya berada di rumah keluarga saya. Suami saya berpergian sehari atas urusan diri sendiri. Sudah lama saya maklum tentang rancangannya dan sangat-sangat merestui. Seakan tidak sabar pula saya untuk berada di rumah keluarga saya kerana jarang benar peluang begini saya peroleh. Namun rasa ini, berbeza sekali.

Emak mengikut Rifqi ke Selatan Thailand atas urusan ceramah dan forum. Besok baru pulang. Di rumah ini yang ada Kak Ha dan anak-anak. Sebentar tadi Aziah dan Muiz datang, tetapi sekejap benar. Ismah pula kerja, jam 5.30 petang baru pulang.

Saya rasa sunyi. Riuh rendah anak-anak ini menonton kartun seharian tidak mampu menghilang sunyi di hati. Saya bergelak ketawa bersama mereka. Berbual, berteka-teki, menyakat dan macam-macam lagi. Ya, saya terhibur tetapi dalam hati masih sunyi...

Sunyi yang bagaimana?

Saya tidak tahu. Sunyi ini menghadirkan rasa sayu yang aneh. Ada rasa seperti ingin menangis, tanpa apa-apa sebab. Rindu pada suamikah? Baru tadi saya menulis mesej untuknya, dan dia membalas dengan panggilan. Dia ceria, dan saya tahu suara saya juga ceria pada pendengarannya. Tapi mengapa sayu ini enggan pergi?

Rindu pada emakkah? Baru tadi saya bersalam mencium tangan dan memeluknya sebelum dia turun bersama-sama Rifqi. Besok dia pulang. Tak mungkin tempoh sesingkat ini mengundang rindu yang seaneh ini!

Afnan di sisi saya ini sedang demam. Sudah dua kali dia muntah hari ini. Melihat wajahnya, saya bagai ingin menangis. Pada hal, demam seorang kanak-kanak pada usianya itu sangat biasa tetapi saya rasa sayu sangat.

Aduhai hati, cerita apakah yang engkau bawa ini?  




Saturday, April 28, 2012

Kelakar tak?

Situasi I (di KFC)

- Selamat petang kak. Nak makan sini ke?
- Ya, makan sini. Bagi akak snack plate dua ya.
- Kak, kita ada offer. Kalau kak ambil dua dinner plate, harga dia sama saja dengan dua snack plate. Akak  
  dapat enam ketul ayam. Untung kak.
- Ya ke? Tapi enam ketul banyak sangatlah, tak habis nanti... Tak pe, bagi je snack plate dua.
- Ok kak.

Situasi II (di pasar)

- Makcik, kangkung ni berapa?
- Dua ikat seringgit. Tapi anak ambil tigalah..
- Tak apalah makcik, tiga banyak sangat. Dua pun cukup.

Banyak lagi situasi yang lebih kurang sama saya alami. Selalunya begitulah, bila hidup cuma berdua, tak perlu sangat membeli dalam kuantiti yang banyak. Orang bagi offer pun tak sudi. Bagi percuma pun menolak! 

Bukan menolak rezeki sebenarnya, tetapi enggan membazir. Jika saya ambil dua dinner plate, saya dapat enam ketul ayam pada hal saya dan suami cuma berdaya habiskan dua ketul seorang sahaja. Yang dua ketul lagi tu apa cerita? Simpan esok? Tentu dah berubah rasa, kan? Lainlah jika kami bertiga, tentu sedang elok dengan enam ketul ayam goreng itu.


Kes kangkung itu pun sama juga. Kangkung kan tak boleh simpan lama, cepat layu. Buat apa beli banyak kalau dua ikat pun saya dah boleh masak empat kali! Makcik tu faham agaknya, jadi dia beri saya percuma sayur lain - lada hijau, cili padi dan tomato.Terima kasih...

Friday, April 27, 2012

Sedikit Teguran

Saya cuba untuk tidak prejudis. Saya ingin melihat seseorang bukan setakat luaran sahaja, seperti kata pepatah Inggeris yang tersohor itu, “don’t judge a book by its cover”. Namun hakikatnya, ia tidak mudah.

Melihat fesyen remaja kini, saya bingung. Bertudung tetapi baju lengan sekerat. Berseluar ketat dan berbaju singkat. Segala aset terpamer tanpa sekelumit rasa malu menghias diri. Saya gagal menaakul dengan rasional.

Dua puluh tujuh tahun lalu, seorang ayah telah dengan tegas tetapi penuh kasih sayang memerintahkan anak gadisnya yang telah akil baligh untuk menutup aurat kerana kewajipan itu telah tiba. Anak gadisnya berasa begitu bahagia dan bangga dengan keprihatinan si ayah. Ada ketikanya tergelincir juga dia dari kesempurnaan namun untuk mengabaikan pesanan ayah, tidak sekali-kali. Betapa dalamnya perasaan itu, perasaan dijaga dan disayangi ayah sehingga dia tidak tergamak melanggarnya. Benar ia suruhan Allah, tetapi peranan ayah dalam menyampaikannya memberi impak yang jitu pada gadis itu.

Alhamdulillah, walaupun kini ayahnya telah tiada, dia tetap kekal mematuhi segala pesanan ayah kerana dia tahu di situ terletaknya keberkatan hidup, juga keredhaan Allah.

Malangnya, masih ada ayah yang berkata, “biarlah, dia budak-budak lagi. Biasalah kalau dia terikut-ikut dengan trend masa kini. Lagipun, pakaiannya saja yang begitu, perangainya okay.” apabila ada yang menegur tentang cara anaknya berpakaian. Kasihan anak itu, ayahnya tidak mahu melindungi.

Ibu juga sama. Bukan main sopan pakaian ibu, berjubah dan bertudung labuh tetapi membiarkan anak-anaknya berpakaian ikut suka. Bila ditanya, katanya, “entahlah. Dah tegur berkali-kali, tetapi mereka tak hirau langsung.”

Di mana ketegasan? Saya semakin keliru. Malah ada ketikanya saya bagai bersyukur tidak memiliki anak kerana saya takut saya dan suami gagal seperti ayah dan ibu itu. Gagal membina ketegasan dan membiarkan sahaja anak bertindak sesuka hati. Gagal untuk memberi yang terbaik kerana terlalu merajakan mereka.

Maafkanlah saya. Pada saya, segala sikap, tingkah laku dan pakaian seseorang remaja sangat dipengaruhi oleh keluarganya. Jika keluarganya berjaya membina jati diri anak mengikut syariat tentu remaja ini kukuh dengan pegangan. Pergi ke mana pun Insya Allah bersuluh. Insya Allah tidak terkejut dengan budaya asing. Betapa pentingnya peranan institusi keluarga, terutama teladan dan ajaran ibu bapa dalam memastikan remaja kita tidak tergelincir. Salahkanlah kerajaan, salahkanlah guru, salahkanlah masyarakat, ia tetap tidak mengubah apa-apa jika peranan ibu dan ayah tidak seperti yang sepatutnya.

Thursday, April 26, 2012

Sedang Tua

Perlahan-lahan, saya mula berasa perubahannya. Setiap kali kaki melangkahi anak-anak tangga yang bersusun-susun dari aras bawah hingga ke aras tiga, saya jadi semput. Tiba di kelas, murid bertanya "cikgu letih ke?" Apa tidaknya, peluh berjujuran di dahi. Nafas pula tercungap-cungap. "Itulah, kenapa kelas awak tinggi sangat? Tak ada air-cond pulak tu!" Jawab saya, berjenaka.

Di rumah pun sama. Sekejap sahaja saya menyental baju di bilik air sambil membongkok badan, saya tercungap-cungap lagi. Itu belum lagi mengemop lantai dan mencuci bilik air. Jadi, sedang apakah saya ini?

Sedang tualah, sesungguhnya!

Siapalah saya hendak menolak fitrah. Bukanlah saya menyalahkan usia tetapi kenyataannya saya antara yang menjadi mangsa kegagalan diri sendiri mencipta stamina. Saya malas bersenam. Malas berpenat-penatan. BMI saya tinggi, menghampiri obesiti. Dan sekarang, saya takut jika ada lagi masalah-masalah lain menghuni diri saya.

Kali terakhir saya melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh ialah sebelum ke Tanah Suci  dua tahun lalu. Semuanya normal waktu itu, cuma berat badan sahaja yang terlebih. Sepanjang berada di Tanah Suci, alhamdulillah saya sihat. Cuma demam dan batuk sahaja yang saya alami, sama seperti jemaah-jemaah lain.

Kini, selepas dua tahun, saya berasa ingin melakukan pemeriksaan lagi. Manalah tahu jika ada petanda-petanda kadar glukos dan kolesterol yang tinggi. Saya wajar berjaga-jaga. Bukan saya takut mati, tetapi saya ingin sihat sepanjang hayat, insya Allah.

Hujung minggu ini, saya ingin ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh. Semoga saya tidak mendapat berita buruk. Amin.

Saturday, April 14, 2012

Lonely

Why do I seem to be
caught up inside a dream
All my life
it's always been my shadow and me

Over my shoulder
there's always a voice somewhere
Saying I never should try
to set my heart free

I wish that love would come
and take me in her arms
Show me what I've never known

Where I could hold someone 

and words like right and wrong
Just fade away like yesterday

Lonely won't leave me alone
Lonely won't leave me alone

Why, tell me why,
won't even let me fall in love

Everywhere I go
always by my side
Won't even let me fall in love

I try and say I love you
but the words won't come through
In my eyes
see all the tears and sad memories

Why can't I start out new and leave that old feeling
too far behind
I guess that lonely needs company

Around each bend of road
I'm thinking that in time
there will be that rainbow's end
But when I follow those self illusions
I find that it's only lonely and me again

Lonely won't leave me alone
Lonely won't leave me alone

Why, tell me why
won't even let me fall in love
everywhere I go always by my side
Won't even let me fall in love
Lonely won't leave me alone
I wish that love would come
Lonely won't leave me alone
And take me home
Lonely...

Thursday, April 12, 2012

Bila Malam Begini

Aduhai, kenapalah hati selalu mengimpikan sesuatu yang hampir mustahil? Bersendirian begini, pada waktu malam pula, segala perasaan menjelma. Bukan takut. Insyaallah saya masih berani bersunyi-sunyi di rumah walaupun pada malam hari.Apa yang saya maksudkan ialah angan-angan. Ya, angan-angan seorang wanita yang serba kekurangan seperti saya.

Alangkah indahnya, jika ada seseorang yang boleh saya panggil bibik menyediakan sepinggan kue teow goreng kerang yang spesial untuk saya pada malam ini. Bertemankan secawan milo panas, sambil menonton rancangan tv, saya tentu akan menikmatinya dengan penuh kelazatan. (Perutku sedang berkeroncong kini!)

Masalahnya, saya tidak punya peluang sebegitu.

Siang tadi, suami saya memaklumkan akan ke sekolahnya malam nanti kerana pelajar-pelajarnya berkhemah, dan dia akan makan malam di sana. Saya ok sahaja. Dalam hati dan minda sudah saya setkan untuk tidak masak apa-apa malam ini. Saya boleh rehat. Lapar pun tak mengapa.

Apabila maghrib menjelma, suami saya berubah fikiran. Dia kata, dia lapar nasi. Dia akan ke sekolah lepas Isya' dan mahu makan nasi lepas maghrib.

Aduh! Mood saya berantakan. Baru sahaja jiwa dan minda disetkan untuk tidak memasak, tiba-tiba ia berubah. Mahu tidak mahu, saya ke dapur, menjerang nasi. Menu yang terlintas di kepala hanyalah nasi goreng.

Selepas solat maghrib, saya teruskan agenda memasak saya dan jam 8.15 malam, kami sama-sama menjamah nasi goreng saya itu. Sungguh, ia sangat tidak sedap! Kenapa mesti rasa yang begini melalui tekak dan kerongkongan saya? Suami saya tidak komen apa-apa, dia makan sahaja. Tetapi saya tahu, dia juga tidak berasa kelazatan nasi goreng saya.

Aduhai, malangnya kami malam ini. Makan tetapi tidak kenyang.

Lepas Isya' suami saya terus ke sekolahnya. Tentu dia masih berpeluang untuk makan sesuatu di sana. Saya? Entah kenapa lapar datang tak semena-mena. Saya terbayang macam-macam. Kue teow kerang, nasi paprik, ikan siakap, aduh!! Laparnya!

Nasi goreng masih ada di dapur tetapi saya tidak lalu. Siapa mahu jadi bibik saya? Saya janji akan jadi mak encik yang baik....

Wednesday, April 11, 2012

Samsung Galaxy W

Semalaman malam tadi, saya mencari maklumat di internet. Mulanya, saya tetarik dengan Samsung Galaxy S Advance. Harga pasarannya RM1399.00 dan baru sahaja dilancarkan sekitar Februari lalu. Pun, saya tahu kemungkinan handphone itu belum ada di sini kerana terlalu baru. Lalu saya menyasarkan pilihan kedua saya untuk Samsung Galaxy W dengan harga pasaran RM989.00.

Jam 9.29 pagi, saya dan suami menuju ke KB Mall untuk mencari idaman hati. Saya tidak mahu membeli di kiosk telefon lagi kali ini kerana sasaran saya ialah sesuatu yang original, yang lebih memberi kepuasan di hati saya. Premis Samsung Mobile di Aras 1 KB Mall saya masuki, disambut senyum manis pekerjanya yang masih muda.

Bila saya bertanyakan Samsung Galaxy S Advance, katanya belum ada. Benar telahan saya, kerana model impian saya ini masih sangat baru maka tidak sempat tiba lagi di pasaran Kelantan. Saya meminta pilihan kedua saya, Samsung Galaxy W, yang dilancarkan sekitar Ogos tahun lalu.

Hmm, nampak bergaya juga. Spesifikasinya lebih rendah daripada Galaxy S tetapi saya rasa sesuai untuk saya. Tidak mengapalah rendah pun asalkan saya boleh berinternet dan menyimpan gambar serta lagu kegemaran. Tanpa banyak soal jawab, saya setuju membeli.

Malam ini, saya akan study handphone baru saya ini. Semoga saya tidak kecewa seperti sewaktu membeli Sony Ericsson Xperia X8 dahulu....

Tuesday, April 10, 2012

SE K660i kesayangan


Sejak 2008, saya menggunakan telefon ini sepenuhnya. Pernah beberapa kali saya beli telefon yang baru tetapi K660i ini tidak mampu saya tinggalkan. Ada keistimewaan yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Ia banyak memberi kemudahan dan saya selesa dengannya.

Saya mampu berinternet dengannya tanpa masalah. Facebook, blog, apa sahaja. Mengambil gambar juga amat mengujakan, dengan kualiti yang superb. Walaupun tanpa flash dan cuma 2.0 MP, saya sentiasa berpuas hati dengan hasilnya. Lagi, beratus-ratus lagu ada di sini. Ya, saya penggemar muzik jadi membawanya bersama-sama saya adalah satu kemestian. Bunyinya juga bagus, tiada masalah. Oh ya, aplikasi permainannya juga menarik. Malah, saya mampu memuat turun permainan-permainan percuma dari laman web Sony Ericsson.

Masa berlalu, menjadikannya semakin berusia. Kini, mengecajnya sahaja memakan masa berjam-jam. Baterinya sudah saya ganti baru tetapi tetap gagal berfungsi dengan baik. Saya sedih untuk meninggalkannya. Kenangannya terlalu banyak namun siapa mampu menolak fitrah?

Esok, saya bercadang untuk ke kedai Samsung di KB Mall, mencari sesuatu yang lebih baik. Mungkin Samsung Galaxy S Advanced untuk menggantikan SE ini. Nantilah, jika ia menjadi kenyataan, saya bakal berkongsi lagi di sini.

Rabun

Lumrahnya, setiap apa yang kita miliki tidak kekal lama. Sampai suatu saat, ia mengabur. Sama seperti saya. Sejak tahun lepas lagi, saya sudah menyedarinya. Saya gagal memberi fokus yang tepat apabila membaca tulisan yang kecil, pada jarak dekat. Terpaksa saya menjauh sedikit, memberi ruang mata saya ini membina tumpuan. 

Begitulah, seiring usia, kekenyalan otot mata saya sudah mengurang. Dahulu, saya mampu mengaburkan mata saya apabila melihat objek jauh, kini tidak lagi. Usia dan masa, tiada siapa mampu menafikannya.

Lalu, bagi membantu kesukaran yang saya hadapi dek keterbatasan upaya mata saya, Sabtu lalu saya dan suami ke kedai cermin mata Rosmadi Optometrist di Wakaf Che Yeh. Turut bersama-sama kami ialah mek, yang ingin menukar cermin matanya ke kuasa yang lebih tinggi.

Dengan harga RM 580, saya mendapat cermin mata pertama saya. 


Dan, inilah wajah  baru saya. Rasanya agak janggal, maklumlah tak biasa. Namun harapnya, lama-lama nanti ia sebati. Ulasan murid pula mengujakan saya. Katanya, "comellah cikgu pakai spek, macam artis!"


Tuesday, April 03, 2012

Sharing is Caring





Pincang

Sentiasanya, ada sahaja pincang di sana-sini. Maaflah, sebagai manusia memang sukar sempurna tetapi jika ketelitian diutama dan para pembina sistem penggajian negara lebih analitik, tentu sahaja kepincangan seperti ini dapat disedari lebih awal sebelum ia diumum serata negara.

SBPA lalu, pincangnya hanya dari segi senioriti yang tidak diambilkira. Segi lain ia tiada masalah. Protes penjawat awam cuma pada sisi itu tetapi tiba-tiba ia dibatal terus. Apabila SSM diumum, pada zahir ia kelihatan adil namun hakikatnya tetap ada sisi yang masih ketara tidak saksama.

Apabila sifir gaji penjawat awam hanya diberi julat maksimum dan minimum, maka timbullah perbezaan tinggi rendah yang tidak sepatutnya berlaku. Penjawat awam yang lebih senior beberapa bulan rupanya mendapat gaji lebih rendah daripada sahabatnya yang terkemudian. Kenapa begitu? Kerana peratus kenaikan gaji cuma 13% dan KGT diberi lebih banyak daripada itu. Ia sangat merugikan penjawat awam yang senior, jika diteliti betul-betul.

Sila kaji kes ini.

Pada 2011, gaji Hasnah ialah pada T6 iaitu sebanyak RM3734.39 sebulan. TPG beliau ialah pada Oktober. Gaji Hassan pula pada T5 sebanyak RM3584.11 sebulan dengan TPG Januari. Ini bermakna, daripada Januari 2011 hingga September 2011 gaji mereka sama (T5) sehinggalah pada bulan Oktober, Hasnah menerima kenaikan ke T6.

Jumlah gaji tahunan Hasnah ialah RM43460.16 manakala gaji tahunan Hassan RM43009.32. Hasnah mendapat RM450.84 lebih tinggi daripada Hassan kerana senioriti beliau (Hasnah bekerja lebih awal daripada Hassan selama 3 bulan).

Apabila SSM ditambahbaik, gaji mereka menjadi pelik.

Bermula Januari 2012, Hasnah menerima RM4219.86 (kenaikan 13% daripada RM3734.39) sebulan sehingga September. Pada Oktober barulah gajinya bergerak ke angka RM4469.86 (ditambah KGT RM250). Ini menjadikan jumlah gaji tahunannya ialah RM51388.32.

Hassan pula, walaupun berada pada tanggagaji lebih rendah, namun kerana TPGnya pada Januari maka beliau menerima gaji RM4300.04 (kenaikan 13% daripada RM3584.11 ditambah KGT RM250) sebulan, sepanjang tahun 2012. Jumlah gaji tahunannya ialah RM51600.48. Sekarang, gaji Hassan melebihi gaji Hasnah untuk tahun 2012 sebanyak RM212.16 sedangkan Hasnah lebih senior.

Bukankah ini menganiaya Hasnah?

Saya rasa pihak kerajaan terlalu tergesa-gesa dalam menggubal skim gaji penjawat awam ini kerana terikat dengan tarikh PRU13. Sungguh malang, kerana apa yang berlaku memberi saya gambaran jelas terhadap prioriti kerajaan sekarang. Saya kecewa. Bukan kerana sisi kekurangan SSM ini sahaja, tetapi kerana kerajaan saya tidak matang.

Monday, April 02, 2012

Tentang Duit

Lagi-lagi duit. Maklumlah, tanpa duit macam mana nak hidup? Betul tak?

Sesungguhnya, beruntunglah para isteri yang memiliki suami kaya kerana mereka tidak perlu bekerja. Makan pakai suami sedia. Rumah kereta suami beli. Setiap tahun melancong ke luar negara. Siap elaun bulanan lagi, ribu-riban pulak tu....

Memikirkan ini, sungguh saya terliur. Wanita, tempatnya di rumah. Menjaga anak, mengurus rumah tangga selain melayan suami. Kenapa mesti bekerja? Buat penat saja.

Maka berbondong-bondonglah wanita yang berkhayal memiliki suami kaya!

Namun realitinya tidak begitu. Kadang-kadang, suami memang kaya tetapi kedekutnya ya Rabbi! Isteri nak minta duit pun kena fikir beratus-ratus kali. Silap haribulan, bukan setakat duit yang dapat, leteran sekali!

Sebab itu saya bersyukur kerana saya bekerja. Semenjak kecil, minda saya telah diasuh untuk tidak bergantung pada manusia lain. Bukan ego, tetapi berwaspada. Dan, kenyataannya, emaklah yang banyak membentuk minda saya ke arah wanita bekerjaya. Pelik, bukan? Tetapi ia benar.

Emak telah melalui kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa bertahun-tahun lamanya, jadi dia tahu pahit getir hidup seorang wanita tanpa pendapatan sendiri. Bukan maksud saya ayah seorang yang kedekut. Tidak sekali-kali. Tetapi menggunakan wang suami yang tidak seberapa itu menuntut kepakaran yang tinggi. Sungguh, emak sangat pakar dalam mengurus kewangan rumah tangga. Tabik saya bertubi-tubi pada emak. Kepakaran emak tiada dalam mana-mana silibus pengajian di universiti. Ia ada dalam diri seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab, yang mahukan yang terbaik buat keluarganya. Bersyukur saya menjadi anak emak.

Kini, saya tahu saya bekerja bukan semata-mata kerana duit. Jika pun Allah mentakdirkan suami saya menjadi jutawan segera, saya tetap enggan meletak jawatan guru yang saya pegang sejak Mac 1998 ini. Kenapa?

Kerana saya sayangkan anak-anak didik saya. Saya ingin mencurah bakti. Saya mahu berkongsi ilmu. Jika di rumah, apa sangatlah yang dapat saya beri pada masyarakat. Anak pun tiada. Baiklah saya meneruskan tugas guru ini, walaupun kadang kala penatnya tidak terkira.

Duit akan habis. Ilmu yang saya ajar, insyaallah akan digunakan oleh anak murid saya sampai hujung nyawa.

Meluah Rasa

Sekurang-kurangnya ia menyingkir sedikit resah yang bersarang dalam jiwa. Bukan resah sebenarnya, tetapi lebih tepat menyampah!

Maafkan saya. Ini blog saya. Saya hadirkan blog ini untuk saya berkongsi rasa, tidak kiralah ia rasa yang bagaimana. Kerana saya ini manusia biasa.

Sahabat, saya bekerja di sini untuk menyumbang bakti menabur jasa. Bukanlah saya mahu dijunjung disanjung atas setiap titik peluh yang gugur tatkala menyiap segenap tugasan yang ada kalanya saya rasa bukan tanggungjawab saya pun (sebahagiannya). Bukanlah pula saya mahu dipuji dikenang atas ketidakkisahan saya menanggung segala beban walaupun bukan bahu saya tempat ia sepatutnya terpikul. Saya cuma mahu sedikit rasa rendah diri. Sedikit rasa memahami dan mengerti.

Anda bukan boss saya, cuma kebetulan saya hadir sedikit terkemudian. Anda memang ketua di bahagian ini tetapi tugas anda bukan pengarah. Saya melaksana tugas di unit ini yang berkaitan dengan tanggungjawab saya, yang memang di bawah bidang kuasa saya, bukan kerana saya ini orang bawahan anda.

Telinga saya sedikit berdengung mendengar nada arahan anda, kerana saya tahu mana tugas saya dan mana tugas anda. Saya bukan mengada-ngada, cuma pada banyak ketika saya rasa tidak senang dengan habit anda yang gemar mengarah itu dan ini tanpa mahu tahu tugas siapakah yang anda arah itu!

Itu sahaja coretan saya. Walaupun anda tidak membacanya.